Showing posts with label isu. Show all posts
Showing posts with label isu. Show all posts

Monday, October 29, 2012

kisah nenek dan mentaliti

Salam dan bertemu kembali...=)

Di sebuah rumah seorang nenek sedang bersembang dengan cucunya...


Nenek : Cu, kau kerja di mana sekarang?
Cucu   :  Di Petronas nek.
Nenek : Oh ! Kerja pam minyak la ni kan di stesen.
Cucu   :  (tergamam seketika dan speechless)
Nenek :  Nda pa la cu. Pam minyak pun ok jugak. Janji rezeki halal.
Cucu   :  Iya lah nek. (nada pasrah)

******************************

Cerita yang aku buat tu berdasarkan kisah benar ok! hanya 5% je yang aku ubah. hahaha =D

Credit to Ezra, my ex-colleague masa intern dulu sebab bagi aku dengar cerita yang aku rasa still ada unsur-unsur humor ni. Erm, cerita nampak macam simple je kan? tapi mendalam maksudnya. Cehh!! hehe

Actually, cucu tu kerja kat Petronas Carigali as one of the Human Resource (HR) management. Dia speechless tu sebab dia tak sangka masih ada orang fikir Petronas tu hanya lah sebuah stesen minyak kat Malaysia ni. lucu la nenek ni..hihihi

Tapi, cucu ni pun salah jugak sebab dia tak terangkan tempat kerjanya tu dengan lebih detail. Jangan assume semua orang tau apa yang kita tau. Ni pun dah kira one of the barrier in communication skill ok. (Ehem! ni la hasil daripada syllabus dalam subjek effective communication. hehe ^___^)

Cerita hari ni hanyalah selingan di waktu lapang aku dan hiburan untuk semua. Lapang la sangat kan!!

Sekian. =)

Thursday, June 23, 2011

silat ilmu pertahan diri or ilmu hitam?

salam kepada semua sahabat yang sudi menjengah . syukran ! syukran ! :)

aku berminat nak buat entry pasal ni sebab aku dah bosan dengan kutukan-kutukan orang sekeliling yang cakap silat ni ilmu hitam la. ilmu sihir la. aku pernah menjadi ahli persatuan seni silat gayong time sekolah rendah sampai la sekolah menengah. walaupun sekarang aku dah tak aktif, insyaAllah kalau ada masa terluang aku akan terus mendalami ilmu pertahankan diri ni.


standard la manusia kan? suka judge by luaran je. silat ni memang la jadi benda yang tak baik kalau disalah guna. tapi selama yang aku menuntut ilmu ni tak pernah pulak ada unsur-unsur ajaran sesat. semua berlandaskan kitab suci Al-Quran.


aku ingat lagi time first jadi ahli silat gayong yang rasmi, akan ada satu majlis menyambut ahli baru. majlis tu diisi dengan sesi ta'aruf dan bacaan Al-Quran. ada majlis angkat sumpah lagi. sumpah ni antaranya ialah taat kepada Allah s.w.t, taat kepada kedua ibu bapa dan taat pada guru. kalau ilmu hitam, korang rasa ada ke buat majlis baca-baca Al-Quran ni?


mandi bunga atau limau? kalau mandi bunga atau limau je, mesti orang ingat nak tuntut ilmu yang tak betul. korang salah kalau fikir macam tu. adat mandi ni bertujuan untuk menjauhkan gangguan makhlus halus dan juga tujuan perubatan. mandi limau ni kan boleh megelakkan bau badan yang busuk. nak ambil contoh syampu limau purut tu, tujuan dia untuk menguatkan akar-akar rambut kan? kes tu, tak pula orang panggil mandi limau sedangkan syampu yang mengandungi isi limau tu digunakan time mandi.


ilmu kebal? yup, memang dalam silat ni ada ilmu untuk mengebalkan badan. tapi untuk tujuan yang baik ok?kalau ada yang menggunakan nya di jalan yang salah, memang la orang tu mengamalkan ajaran sesat. walhal dalam silat, setiap ahli diingatkan agar tidak menyerang musuh selagi musuh tidak menyerang kamu. lagipun hanya orang tertentu sahaja yang boleh belajar ilmu ni. Allah sendiri pun menggalakkan umat Islam untuk mempersiapkan diri dengan fizikal yang kuat untuk menyerang musuh-musuh Islam kan? 


tula antara sedikit sebanyak persoalan yang orang lain curious pasal silat ni. aku tak lah tau serba serbi tapi, aku tau lah yang basic macam yang kat atas tu. fikir-fikir kan lah. janganlah kamu menyebarkan sesuatu yang buruk mengenai sesuatu perkara jika kamu tidak arif mengenaninya. 


mengenai perbezaan ilmu-ilmu silat (silat cekak, silat gayong, etc) kat malaysia, aku tak nak ulas dengan lanjut. takut menimbulkan kotrevesi. hehe  kalau korang nak tau sejarah asal usul dan perkembangan silat ni, boleh la google. banyak blog dan artikel yang boleh dijadikan rujukan. 


ni la cikgu yang ajar aku silat time kat sekolah menengah. sir azizan. :) rindu nak belajar silat lagi.



adios...^^ have a nice day peeps..


Friday, April 29, 2011

kerosakan bahasa

 salam pertemuan. :)

bahasa melambangkan bangsa..!!! bahasa jiwa bangsa..!! qoute yang sangat popular kat Malaysia. kan?
kalau bahasa telah dirosakkan melambangkan .......?????

lepas lepak-lepak di alam facebook tadi, terjumpa satu komen yang buat aku terfikir sesuatu "sampai tahap macam ni dah rupanya kerosakan bahasa melayu kita" . penat-penat tokoh bahasa zaman dulu-dulu mengkaji, mencipta dan menjilidkan semua bahasa-bahasa indah tu. senang-senang pulak orang moden sekarang "mencantikkan" lagi bahasa-bahasa tu.

pernah jumpa tak perkataan ARWP ? agak-agak korang, apa maksud sebenar ARWP ni?
 ARK ?
CCNGT ?

first-first tu aku tak faham jugak apa yang orang tu cuba nak sampaikan sebenarnya. tapi, lepas membaca dan menilai melalui struktur ayat beliau, dapat jugak la tangkap.rupa-rupanya :

ARK = TAK
AWRP = HARAP
CCNGT = SESANGAT (sangat-sangat)





uish, nampak macam perkataan isyarat pun ada. dah macam jadi satu trend pulak kan penggunaan perkataan-perkataan macam ni. apa sebenarnya motif utama mereka? nak tunjuk kelainan daripada orang lain ke? or saja gedik-gedik buat macam tu ?

apa pandangan korang ?

Wednesday, April 20, 2011

kahwin atau tak?

assalamualaikum dan salam satu Malaysia rakan-rakan.

gatal je tangan aku nak menaip pukul 1 pagi ni. padahal mata dah pedih. tahan ngantuk. tapi, takut idea hilang, so aku kena kuatkan semangat untuk luahkan hari ni. hehehe (^_^)

kenapa aku rasa isu kahwin ni semakin kerap aku dengar semenjak dua menjak ni. sekarang ni musim orang kahwin ke?

actually, kahwin ni just a simple word yang semua orang melayu boleh faham. so, tak perlu terang panjang lebar kan. baru-baru ni aku stalk-stalk kat FB plus dengar-dengar orang cerita. banyak dah senior-senior kahwin before graduate. kebanyakan alasan kahwin awal sebab habis sem ni je terus pergi kerja kat oversea. dapat tawaran kerja kat offshore. waa. kagum betul aku dengan mereka-mereka ni. study mantap. kerja power. personal life pun stabil.

ada jugak yang kahwin atas alasan nak melengkapkan hidup agar lebih maju dalam akademik. kiranya kahwin ni boleh jadi salah satu faktor kecemerlangan akademik la kan? 

gambar hiasan


erm, tadi time komen-komen dengan my besties kat facebook, dorang ada jugak bangkitkan isu kahwin ni. bersemangat betul dorang ni merancang perkahwinan. siap dah pilih tahun nak kahwin lagi. supaya tak ada majlis yang clash. hahaha

its a good thing sebenarnya sebab kawan-kawan aku dah ada plan untuk masa depan dorang. dorang ada jugak serkap jarang aku. dorang cakap aku sorok boyfriend. hakikatnya, aku tak ada relationship dengan sesiapa pun. 

cemburu? siapa la tak jealous tengok kawan-kawan lain dah ada pasangan masing-masing sedangkan aku masih tercari-cari. dan siapa la yang tak nak kahwin kan? itu kan sunnah nabi dan satu ibadah. dapat pahala kot kalau mendirikan sebuah masjid.

walaupun dalam hati ada terdetik cemburu tu, aku still rasa bersyukur sebab aku hidup happy je dengan kehadiran  family dan kawan-kawan di sekeliling aku. dan pastinya aku ada plan besar untuk my family lepas graduate. aku nak kumpul harta banyak-banyak dulu untuk bagi semua kesenangan kat family aku. 

after that, baru fikir pasal married ni. InsyaAllah. :) moga-moga rancangan aku dipermudahkan oleh Tuhan. Ameen. and the most important thing, dapatkan ijazah dulu.

Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani dan Al-Baihaqi, Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia dari golonganku".