Monday, April 18, 2011

where should i start?

huh !! study week again. 

macam mana ni..?? duduk kat meja macam study. tapi laptop ON. facebook-ing, blog-ing, twitter-ing, movie-ing..semua benda lagho.


sesiapa ada idea nak ON mode study???? please help me!!

Sunday, April 17, 2011

roller coaster

pagi ahad yang sangat menenang kan. Alhamdulillah.. hari ni dapat tengok suasana pagi yang segar. dan terus datang idea nak buat entry pagi-pagi ni. hehe

em, sebenanryna last week aku godam-godam sikit laptop aku ni. then, tiba-tiba terjumpa satu gambar time trip kat melbourne last year. tadaa..



hahaha..tak ada la menarik sangat kan gambar ni? actually, time ni kite orang kat Luna Park, Melbourne. ala-ala taman tema gitu. dah nama pun jalan kat negara orang mesti nak try semua benda kan? tak melepaskan peluang, masuklah jugak Luna Park ni. "kite main satu game je la. mahal kot."

serius mahal. yela satu game 9 ke 10 dollar Aus. tak ingat dah. yang penting $1 aus = RM 3 ok..!! 
setelah perbincangan selesai, semua decide nak main roller coaster. hehehe excited kot. sebab kat malaysia pun aku tak pernah naik roller coaster. tengok orang lain naik macam best je. really super duper excited aku ni. tengok je la gambar kat atas tu. muka-muka ceria sebelum roller coaster bergerak. hahaha

gambar hiasan : macam ni railway roller coaster kat Melbourne Luna Park tu. tapi kite orang naik time malam. so, cantik sikit pemandangan bila banyak lampu-lampu.

you know what? lepas turun tu rasa macam menyesal pun ada jugak naik benda alah tu.
seram kot !! macam nak terkeluar isi perut time dia jatuh dari tempat tinggi ke rendah dengan kelajuan yang tak tau berapa meter sesaat. huaaa!!!!!!!  memang sepanjang tu menjerit je. tapi, aku tengok budak lelaki team kite orang selamba je. siap boleh angkat tangan lagi time roller coaster tu turun dengan laju. aku dah tak terfikir nak buat benda-benda tu semua sebab asyik menjerit je.


fobia kot. hahaha  lepas ni aku rasa aku dah tak nak naik benda-benda macam ni. cukuplah sekali aku dapat pengalaman tu. kepada sesiapa yang belum try tu, bila nak try? its fun actually. kalau nak hilangkan tension, boleh la naik benda tu sampai terkeluar anak tekak. hehe  (^_^)

Saturday, April 9, 2011

hati yang disakiti

 yeah. its weekend again.
mesti dalam kepala otak dah tersusun jadual movie apa nak tengok hari jumaat, sabtu dan ahad ni. kan kan?

erm, aku macam tak ada semangat je nak tengok movie dah. result test macam hampeh. buat masa ni aku semangat nak study je. tak nak repeat paper. uwaa..!! Ya-Allah tetapkan lah pendirian ku untuk terus gigih berusaha di saat-saat akhir ni. ameen.

minggu ni minggu kedua terakhir before study week. so, macam-macam la perasaan yang datang. yang buat kepala serabut. serius serabut. nak daftar subjek. presentation yang last minit lecturer suruh buat. assignment. carry mark yang teruk tu pun bakal ditayangkan. boleh sakit jiwa aku macam ni. heeee
tu belum kira bahagian relationship yang memeningkan kepala otak aku ni. kenapa lah aku boleh terjumpa dengan orang-orang yang kerja nya nak menyakitkan hati orang lain je.

*******************

DONT YOU DARE TO READ THIS !!!!

erm, pernah tak korang rasa sakit hati yang tera......mat sangat kat seseorang? sampai rasa memang nak belasah dia cukup-cukup. kasi puas hati. pernah tak? macam mana ek nak describe perasaan tu. agak-agak macam volcano kot? lava-lava panas yang keluar dari bawah muka bumi dan membunuh segala hidupan di sekeliling gunung berapi tu. macam tu kot yang aku rasa.

kalau ikut kata orang, aku ni nampak penyabar. so, maksudnya bila aku dah marah, dah kritikal la tu. memang orang tu berjaya sakit kan hati aku. TAHNIAH .

situasi 1

seorang manusia yang sebelum ni selalu berkata-kata ke arah kebaikan. kiranya ayat power macam ustaz la. pernah tegur aku kalau tak puas hati dengan dia cakap la depan-depan. tak payah kutuk-kutuk belakang ke, kutuk kat facebook ke. kurangkan kontrevesi kat facebook. ok fine! aku buat senyap. then, one day, dia tak puas hati dan marah. so, dia pun buat la status hot  kat FB yang menarik perhatian ramai.kontrevesi gila. aik, hari tu tegur orang, kali ni dia pulak yang buat.

sakit ati tak korang dengan situasi ni? dia boleh pulak buat status hot. orang lain tak boleh. tu yang pelik tu. agak-agak la bro. jilat ludah sendiri ke? kata jumpa depan-depan kalau tak puas hati. tapi apa yang ko buat tu? cakap belakang-belakang. ingat orang tak tau. malang lah kau sebab terjumpa spesis macam aku dan kawan-kawan aku yang telinga lintah ni.

dan, mesti korang ingat aku pun buat kontrevesi bila post benda alah ni kat blog. terpulang la dengan korang nak fikir apa pun. yang penting aku buat benda ni untuk dijadikan pengajaran. nak saman aku? aik terasa ke? aku tak sebut pun nama sesiapa dalam ni. so, GET LOSE .ko tak ada bukti kukuh nak saman aku.

situasi 2

meeting telah di set pada pukul 10pagi. seorang hamba Allah ni tak datang-datang lagi walaupun dah setengah jam berlalu. dia cakap tengah on the way dari katil. adakah itu satu pemberian harapan?  so, pengarah-pengarah company lain ni pun tunggu jugak lah hampir dekat sejam. tiba-tiba hamba Allah ni call, cakap tak dapat attend meeting tu last minit.

kalau korang berada di situasi orang-orang yang menuggu tu, apa korang rasa? dan macam mana korang atasi? yup, di sinilah kesabaran memainkan peranan penting. tapi, sabar pun ada had nya kan? ni dah la tak datang meeting, kerja satu apa pun tak siap. lepas tu bagi banyak alasan pulak. pernah tak dengar ayat ni :

"ORANG YANG MALAS ADALAH ORANG YANG SELALU MEMBERI ALASAN"

macam sesuai je ayat ni dengan ko kan. tak perlu la ko budget hebat sangat. other people feel sick wherever they heard your name. ko je yang tak sedar. dont talk about professional if kau sendiri pun tak faham  maksud that precious word. dan jangan harap kau ditabik respect daripada orang lain, kalau perangai ko yang  tak respect orang tu pun tak diubah.

situasi 3

urgent!! benda ni mesti selalu terjadi dalam hidup korang kan? meeting secara tiba-tiba. kelas cancel secara tiba-tiba. dan banyak lagi la benda yang berlaku secara tiba-tiba.lumrah kot benda tu. kita memang tak dapat jangka apa yang bakal berlaku kan? tapi, seorang manusia berakal ni sangat prejudis dengan perkataan urgent  ni. dia memang tak boleh terima. "pesal korang tak bgtau meeting ni awal-awal? kalau boleh bgtau la seminggu awal. korang ni tak professional la dalam bekerja"

wow..its so rude!! (bak kata naomi).. memang nampak sangat kepala letak atass lutut. ko ingat ko dah pro sangat la sebab dah banyak pengalaman. ko ingat ko sorang je la yang ada kerja nak buat. orang lain pun busy la der. lagi busy dari ko rasanya. tak ada pula orang nak complain-complain. sebenarnya, ko yang tak profesional sebab ko sendiri tak pandai bahagikan masa study ko, masa dating ko dan masa dengan komitmen ko. in conclusion, you are NOTHING and SPOILER in the group.

ffuhhh!!! penat kot taip luahan perasaan ni. kepada rakan-rakan yang  mengenali, aku dah sound kat atas tu supaya tak baca benda alah ni. memandangkan korang dah terbaca, jangan salahkan aku kalau terjumpa ayat power yang bisa menikam jantung. nasib korang la.

p/s: sila maklum cerita di atas ada sedikit pengolahan..

diharap kita semua dijauhkan daripada kata-kata fitnah dan kebencian dari masyarakat . ameen .


Thursday, April 7, 2011

isu hot : profile picture kat FB

entry kali ini khas ditaip berdasarkan kekecohan tempoh hari. tu bukan boyfriend aku ye kawan2..untuk pengetahuan dia hanya lah clasmate aku..haha

siblings UTM aku buat satu game. TRUE and DARE game. tukar profile picture classmate pondan lelaki selama 24 jam bermula 9pm ( 5april )...lelaki-lelaki ini dipilih secara rawak. so, aku pun kena tukar lah. sesiapa yang tak tukar, dia kena belanja pizza kat orang-orang yang main benda alah ni. memandangkan duit pn dah tak ada, terpaksa lah ikut. so, that's it. just a game. interesting game i guess. hehe

sesiapa yang tertanya-tanya tu harap dah jelas. ok? oh ya, lupa pulak nak kenal kan tuan gambar tu. hehe 



orang panggil dia ayie. salah seorang debaters UTM tuu.. erm, dia partner aku dalam unit program dan public relation untuk GOP ke Dubai. so, kami memang dah ada chemistry sebagai rakan kerja yang baik.sekian (^_^)

p/s: aku tak ada relationship dengan sesiapa.ok?  yang berkenan di hati tu ada la.. hahaha :P


Friday, April 1, 2011

april fool

maaf kawan-kawan..bukan tak mau menjenguk. tapi belum ada kesempatan.
tunggu lah time study week nanti. bila aku free, aku akan stalker blog korang. ok? (^_^)

penat !!! yeah. bulan mac yang sangat memenatkan. rasa macam nak demam pulak.
sebenarnya, banyak kisah yang aku tempuhi. nak bercerita.
tapi, rasanya malam ni, aku tak mampu untuk meluahkan semuanya.
esok ada test lagi.

pelbagai ragam manusia. ada yang menjengkelkan aku sampai tak terucap kebencian aku dengan kata-kata..perangai yang pelik-pelik semakin banyak aku jumpai.
test dan assignment yang menggunung betul-betul buat aku darah tinggi.
komitmen dengan pelbagai pihak buat aku hilang "student" life yang kononnya enjoy tu.

kesimpulannya..aku perlukan masa bersendiri. untuk muhasabah diri. (T_T)

p/s: sorry, tajuk entry jauh tersasar..hehe

Friday, March 18, 2011

special day in 2011

memang berhabuk dah blog aku ni. berkurun tak update. wifi yang semakin hari semakin lembap sangat menguji kesabaran aku. huh!!
memandangkan hampir 20 hari aku tak update blog, so jangan hairan kalau hari ni aku akan buat karangan sepanjang 20 muka surat. hehehe :P
walaupun hari yang bermakna tu dah lama berlalu, aku tetap nak menitipnya atas blog ni. sebab di masa akan datang aku tak nak kehilangan memori ni. 

kejutan pertama yang aku terima ialah tiket wayang. uish, memang terkejut gila. sebab aku memang teringin sangat tengok cerita ni bila dah tengok trailer yang sangat menarik. hikayat merong mahawangsa. memang terbaik. special thanks to my lovely roomate dan borneo friends. happy sebab dapat spent time dengan korang tengok wayang until late night. also, thanks for the ticket. 


next suprise event : dengan tak mandi lagi sambil tengok we got married ( korean show ) awal pagi ahad, beberapa UTM siblings serbu bilik aku sambil nyanyi satu lagu . sangat terharu plus malu (sebab muka baru bangun tidur..haha) tak lupa juga dengan kejutan dari nazren sebab dia buat special entry kat blog untuk aku.

dalam 12.30 tengah hari, aku dan roomate aku (iqa) pergi JOM HEBOH kat danga bay. konon nya nak jumpa zizan raja lawak. roomate aku memang die hard fan la dengan zizan ni. haha tapi hampa gila. rupanya zizan tak datang pun.

last-last tu, pergi la melawat booth-booth yang gempak. memang sesak. berjalan himpit-himpit. uish, memang sesak nafas dibuatnya. then, aku dapat lagi satu kejutan. handphone iqa hilang. harga beribu kot handphone tu. memang hebat la pickpocket tu sebab dia dapat seluk handphone iqa yang terletak kat dalam poket depan seluar jeans.

lepas tu, terus tak ada mood nak jenguk-jenguk booth lain. terus balik. dah la zizan tak datang, handphone pulak hilang. siapa la tak sedih. fobia dah nak pergi jom heboh lepas ni. haha
anyway, aku sempat mendaftar sebagai pengundi hari tu. aku dah dewasa. dah boleh mengundi..yeah.!! hahaha (^_^)

lepas sedih-sedih tu, tak nak balik UTM dulu. lepak kat city square, Jb. tenangkan fikiran. hehe  menikmati aiskrim dan chocolate foundee kat baskin robbin. memang best. 

chocolate foundee


sampai UTM petang tu.dapat lagi satu kejutan. indulgence cake from secret receipe. bukan seketul tau. sebiji kek besar. thank you so much khai. sangat terharu. memangdangkan sangat besar, so aku ajak coursemate perempuan aku sekali. makan beramai-ramai. hehe



malam tu pulak, roy ajak makan kat jusco. aku terkejut untuk kesekian kalinya. dia beli sebiji kek jugak. huaaa..!! speechless aku. kali ni dinner kat pizza dengan beberapa coursemate lelaki. memang meriah kan special day aku ni. dikelilingi dengan kawan-kawan yang sangat happening.











my coursemate
at last, aku dapat kejutan terakhir tengah malam tu. dapat dua hadiah yang special dari dua orang kawan aku yang sangat baik. yang sweet nya, dua-dua bagi benda yang sama. cuma bentuk dan warna yang membezakan. hahaha dorang ni berjanji ke apa nak bagi hadiah sama? anyway, thanks a lot. sangat terharu weyh. 

setelah 21 tahun berlalu, tahun ni birthday celebration yang paling happening dalam hidup aku. thanks for all the wishes, presents  and suprises. 


********************************************************
p/s: rindu kat mak aku. mak aku adalah orang yang paling special time birthday aku ni. sebab tanpa mak aku, aku tak akan ada kat dunia ni pada 13 mac 1990 yang lalu. tak sabar nak balik labuan (walaupun hakikatnya lama lagi aku nak balik. huhu)