Monday, August 1, 2011

cuti + kedatangan ramadahan

as-salam. semenjak bercuti ni memang tak ada masa nak update blog plus kat rumah tak ada internet. hehe 
banyak benda nak dikongsi tapi tak berkesempatan rasanya.

hari tu pergi kuching,sarawak. one word from me "AMAZING". pengalaman yang sangat bermakna walaupun keperitan tetap ada. insyaAllah, aku akan cerita di masa akan datang dan mungkin time tu semester baru dah buka.(bulan september) hehe

sekarang, tak buat apa2 pun time cuti. duduk rumah jadi pembantu tuk mak dan bapa aku. better kot macam ni sebab hampir setahun aku tak balik rumah. spent time dengan keluarga lagi penting. kan?

tak lupa untuk semua blogger, selamat berpuasa. yok, kumpul pahala banyak2 ramadhan kali ini. :)




p/s: awal-awal ni macam tak biasa lagi. awl pagi aku dah lapar wey.haha :P



Thursday, July 7, 2011

not in the mood?

as-salam. :)

tajuk entry ni tidak berkaitan dengan situasi aku sekarang. now, aku happy ja. (^_^) but suddenly,aku teringin nak share what im doing when im in suram mood.hehe  benda ni kan natural phenomena. so, its not big matter asalkan kita boleh atasinya dengan baik. 


1) silent mode activated : tiba-tiba boleh jadi bisu padahal sebelum tu macam mulut tercabut ekor. haha why? sebab aku rasa diam salah satu cara untuk mengelakkan aku melepaskan kemarahan di tempat orang yang salah. sebelum perang mulut berlaku, better im not speaking at all. pernah dengar ayat ni?

talk is silver, silence is gold!

aku rasa aku meng"aplikasi"kan qoute ni.  



2) marathon movie : yang ini pun aku selalu apply. bila sedih or marah mencengkam jiwa, movie (especially korean story) adalah ubat aku. hehe  sebab movie selalu menceritakan kehidupan yang bagi aku sangat indah. walaupun tau benda tu mungkin tidak akan wujud dalam dunia realiti, tapi apa salahnya, aku membayangkan. yeah, im quite imaginative person. :)  lepas tu akan bersemangat balik. 


3) baca surah Yaasin : yang ini the most important thing in life. get spirit and mengadu dengan Allah. bila aku rasa sangat sedih dan tak dapat luahkan kat somebody, aku akan baca surah ni. for sure, my tears also keluar dengan lebatnya time baca surah yang banyak nikmat ni. :) after that, i will go to sleep and when i woke up, rasa lebih tenang menyapa hati yang lara. 


banyak lagi method lain yang berkesan bergantung dengan individu tu sendiri kan? tapi, i really want to do this when im not in the mood. makan banyak-banyak time tak ada mood. hehe selalu kan orang apply benda ni. but it's not working on me. mungkin sebab setiap waktu makan pun aku makan banyak jugak. haha :)


gambar hiasan..:)

p/s: korang pulak buat apa bila sedih, marah atau kecewa? share with me. mana tau someday aku boleh try apa yang korang buat. hehe :)

adios~~~
 

Saturday, July 2, 2011

is it true?

mood cuti + mood raya dah tiba

bismillah.

aik, mostly kawan-kawan aku senyap je cuti ni kan. erm,best nya korang dah dapat bercuti 2 bulan ni. aku baru nak start cuti bulan julai ni.sob sob.. T_T tak sabar doh. tiap-tiap hari aku pangkah kalendar. 23 days to go!! next week last kuliah and the other week is exam. so, pejam celik pejam celik, dah nak habis rupanya my short semester ni. cuaca kat skudai sekarang ni suram je. macam tu la suram nya keadaan hati aku ni. huhu

packing? dari minggu lepas lagi aku packing. packing secara berperingkat. hehe tadi baru je habis kemas-kemas untuk peringkat ke-2. next week aku sambung.

mood raya? huh! sebenarnya aku tak terfikir pun benda ni. ada la kawan aku sorang ni dah nak pergi beli baju raya. time tu baru realize, OMG! raya dalam 2 bulan je lagi. memang aku kena beli baju raya la kot before balik labuan nanti. yela, sampai labuan je, dah 25 july. dah nak dekat puasa kot. kalau time puasa baru nak buat baju, alamatnya tak berbaju raya la aku nanti. mana ada tukang jahit nak terima tempahan lagi. 

wah!! puasa pun belum, aku dah sibuk nak mood raya kan? haha


 agak-agaknya tahun ni nak pakai baju raya colour apa?? *mood raya tengah hot kat kepala* hahaha (^_^)


Monday, June 27, 2011

lepak-ing ??

as-salam semua. :)

pagi tadi kelas cancel. happy plus kecewa jugak sebab dah dalam kereta baru announce kelas cancel. kalau tau, tak ada nya aku nak bersiap lawa-lawa di pagi isnin. haha =p

lepas dengar kelas cancel, direct pergi breakfast McD. huhu  mulut kata pokai, tapi hati kata, "tak apa, sekali sekala apa salahnya". then, gossip-gossip sampai tak ingat. sedar-sedar dah nak lunch. alang-alang tu tunggu Mc Value lunch pulak. apa lagi, spicy chicken aku rembat balik. hehehe ^^

tak suka gila aku sayur ni !!

friends, u all pernah tak lepak macam tu? lepak dengan kawan sampai tak ingat nak balik? haha pengalaman aku yang paling dahsyat, lepak dari pukul 9 malam sampai 6 pagi. uish, balik bilik pagi tu, memang dah high la. haha

opps! aku tak pergi clubbing, ok? haha  al-kisahnya nak pergi makan malam je kat kedai ala-ala mamak gitu la. keluar UTM pukul 9 malam. makan-makan plus gosip-gosip dengan member-member kamcing. tengok jam, dah pukul satu pagi. kita orang blah dari kedai tu pun sebab kedai tu dah nak tutup. hahaha

lepas tu g lepak McD pulak. bertuah gak jadi student UTM ni. McD dekat je. lepak-lepak makan ais krim. then, sesi luahan masa silam pulak. haha sambil tu bengang-bengang dengan mat rempit India. yeah, that is my first time tengok rempit ni. memang dahsyat dan sangat bingit. banyak sumpah seranah keluar malam tu tengok mat rempit yang bangang tu. bajet macho. kalau ko mati katak kat situ lagi macho kot.

dulu, aku selalu pandang serong dengan orang-orang yang suka lepak malam-malam ni. ingatkan dorang buat benda-benda jahat. sekarang, baru aku tau, tak semua remaja macam tu. lagi-lagi student U ni. lepak tu sebenarnya perkara biasa dan sangat berkesan untuk hilangkan sedikit tekanan. ok la tu, lepak-lepak borak kosong daripada clubbing ke, dating dan rempit semua tu.

but BEWARE ! lepak ni pun melalaikan. kalau nak buat selalu sah-sah la dah bahaya. :)  

p/s: ada yang lepak lagi teruk dari aku tak? cuba cerita sikit. hehe








Sunday, June 26, 2011

go jun "poyo" atau lee min ho "hot"?

aku tak kisah orang nak cakap dia poyo ke, jambu ke.yang penting, sekarang ni tengah in love dengan pelakon tip top ni. hehe awal-awal dia berlakon pun, aku tak minat sangat sebab rambut keriting dia tu.hehehe  sejak tengok city hunter, terus terpikat aku dengan mamat ni. handsome gila plus sangat berkarisma dalam cerita baru ni.


ni wajah terbaru dia dalam cerita city hunter. so handsome. hehe ^^

ni time first2 dia berlakon. tak minat sangat time ni. :P


personal taste drama : tak suka cerita ni sebab dia bercinta dengan heroin yang tak cantik.. hahaha

jom tengok city hunter !!! best gila kot. addicted dengan cerita ni sekarang. heroin pun comel..^^