Showing posts with label experience. Show all posts
Showing posts with label experience. Show all posts

Friday, February 15, 2013

Vacation in Malaysia (Kedah)


11 Nov - 12 Nov 2012

Tiket ke Alor Setar dari Sri Putri, Johor
(RM 80.00)

Time tu susah la jugak nak cari tiket sebab tengah cuti semester plus cuti deepavali sekali. Gamble je la. nasib baik jumpa jugak yang harga rm80. Ada kedai siap jual rm120 lagi. Memang kena ketuk. hahaha  Masa perjalanan dalam 8 jam. Sampai kat Alor Setar waktu Subuh. 

One word from me bila dah ada kat atas jalan raya Alor Setar, "Subhanallah". It's amazing tengok sawah2 padi tepi jalan. Terbentang luas hamparan warna hijau kat depan mata. Tu belum tengok bukit2 di sebalik hamparan hijau tu. Memang macam lukisan time sekolah2 dulu. Serious sebijik ! hahaha

*Lukis sawah padi, lepas tu ada bukit, then ada matahari kat belakang bukit* hehe


Me with greeny scenery!! 

Then, the journey continue to the next exciting destination. Pulau LANGKAWI !!! 


Pergh! Ramai gila orang kat Jeti Kuala Perlis. Adalah dalam setengah jam beratur beli tiket ekspress.


Ekpress from Kuala Perlis to Langkawi. Harga tak berapa ingat. ( Dalam rm15 - rm 18 for one way)

In front of Simfoni Resort. Ni hotel pak cik Akmal. Dapat duduk free kat Langkawi  :) Thanks Uncle!!

Landmark of Langkawi : Dataran Lang


Sempat naik Cable Car walaupun agak gayat dalam tu. New experience always  exciting. hehe  (Tiket  dalam  rm 25 kot)


Di puncak tertinggi pulau Langkawi. A bit chill there. Nice view from the top. 


Tips-tips for Langkawi Trip :

1) For yang bujang2 tu, kalau boleh jangan lah pergi Langkawi time cuti sekolah. Memang sesak dan paling   tak best bila kena beratur untuk beli tiket. Penat Ok!


2) Kalau pergi Langkawi, better stay sana lama sikit. Aku tak sempat pergi Makam Mahsuri, Underwater World, and Pantai Chenang sebab stay satu malam je. Banyak buang masa beratur untuk beli tiket Cable car je sebab time tu cuti sekolah. (T_T) After this, nak pergi Langkawi lagi. InsyaAllah. 


3) Jangan lupa shopping coklat sebab coklat dia murah sikit dari Labuan. hehe


4) Yang suka kumpul pinggan mangkuk pun, mesti seronok datang Langkawi. Murah sangat ! Banyak pilihan pulak tu. 


5) Minyak gamat pun murah kat Langkawi. Lupa nak beli hari tu sebab rushing sangat. ='(


********************************











Friday, December 2, 2011

santubong story part 2

salam perpaduan bloggers. nice to see u again here. :)

as promise, aku akan sambung entry sebelum ni. yang belum baca, jom baca kat santubong story part 1.

20 julai 2011

bermulanya fasa 2 kem pemantapan JKM. kami menggunakan penerbangan FIREFLY. first time tu aku naik firefly and FYI, tak sampai setahun pun firefly ni beroperasi, penerbangan nya ke sabah sarawak telah ditiadakan. erm, kiranya im so lucky sebab sempat merasai nya, tambah-tambah lagi naik tu free. :P perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kolej.

sampai kuching, pun dah malam n unfortunately, tak dapat menikmati alam sekeliling dalam bas. nak buat tahi mata, bunyi bas yang uzur sangat mengganggu. after 1 hour, sampai kat tempat penginapan, and we all terus makan. impress dengan makanan on first night. ala-ala hotel gitu. memang HEAVEN. haha :D

aktiviti pertama that night, pembentukan kumpulan. before that, kena cari nama sendiri dalam satu kertas A4 paper terbalik yang font nya 8 kot. atas paper tu ada satu karangan yang aku pn tak pasti apa kandungannya. haha cabaran pertama dah bermula. sakit kepala dowh. (*_*)

21 Julai 2011

ok. hari-hari yang dinantikan tiba. jeng jeng!! :)
MENDAKI gunung Santubong. semangat berkobar-kobar dah ni. yela, gunung ni kan femes. yang belum pernah lagu tema sarawak ni, jom dengar.




kalau tak faham certain words, kindly ask me or your sarawakians friend.

kembali kepada cerita pendakian kami ni. at first, memang la semangat nak sampai puncak, but then tak sampai separuh lagi, semua dah penat. fitness is zero. memang sakit. dan gunung ni memang mencabar sebab banyak 90 degrees punya pendakian. kenyataan orang yang berpengalaman mendaki ni ada cakap

daki gunung kinabalu pun tidak secabar mendaki gunung santubong

tersentap seketika. but we do our best and after 2 to 3 hours, sampai jugak kat puncak. what a relief. ingatkan sangkut dah. ALHAMDULILLAH misi kami berjaya. :) siapa yang berminat mendaki tu, u should try this gunung. 

muka ceria sebelum pendakian bermula

muka keletihan di puncak.haha

 22 julai 2011

another challenging day sebab kena join "high rope course". memang cuak sebab ada 9 halangan. contoh, jalan atas satu tali, jalan atas kayu kecil ala-ala jambatan gantung. uish, i sampai nak nangis tengok. very freaky. haha nasib baik ada orang-orang yang sentiasa bagi semangat and finally i can make it. flying fox part paling best. hehe

in the evening, berpeluang pergi kampung budaya Sarawak. memang terbaik. :) tengok-tengok rumah tradisional etnik sarawak dan berpeluang menyaksikan tarian rakyat sarawak. oh ya, harga tiket masuk kampung budaya ni RM60 per head. kalau bawa kad matrik dapat RM15 je.


rombongan JKM KTDI

23 Julai 2011

yeah. time for shopping. hehe  pergi pasar serikin (terletak kat sempadan sarawak dan indonesia) dan pasar satok. fuh! harga yang ditawarkan memang hebat. kawan aku semua sibuk beli ikan terubuk masin dan macam-macam cenderahati sarawak. panas-panas pun, shopping tetap ON. 



24 Julai 2011

last day of program. jadi fasi kat MRSM,Kuching. nervous tapi preparation dah mantap. hehe 

sebelum bertolak ke MRSM kuching

barisan JKM bersama ADUN

after short program tu, kami direct pergi kuching town. shopping kek lapis dan shooting time. :P



thats conclude my story. i miss all the moment. kami berlainan jurusan tapi kami boleh bekerja di bawah satu organisasi. kegemilangan kolej adalah misi kami. pengangtarabangsaan UTM adalah cabaran kami.  itulah JKM KTDI 2011. :)

big heart to my teammates and our respected Principle, Dr. Firdausi. (^_^)

Friday, October 28, 2011

Santubong story --> kem pemantapan JKM

salam..

pemantapan? mantapkan apa? so, here i 'll tell you everything..hehehe
this event was held last july and once again i fly to Sarawak. tapi kali ni sejarah tercatat kat Kuching pula. oh ya, before that, program ni ada 2 fasa. first phase just dalam UTM. the second one, baru fly to kuching.:)

first phase

agak teruk jugak la this phase. macam-macam mission kena buat.teruk kena hentam dengan abang DINO.hehe tapi, at last i thought something. program ni lah yang merapatkan aku dengan others JKM (jawatankuasa kolej mahasiswa). yela, before this i tak join mereka sangat. asyik sibuk benda lain sampai lupa nak bermesra dengan JKM. finally, i realize yang dorang ni memang sangat happening. gila-gila!! :)

mission yang kami kena buat dalam masa 2 jam 30 minit:
1) ambil gambar bersama seekor kuda
2) ambil gambar di hadapan bangunan ibnu sina
3) ambil gambar di stesen taburan hujan, balai cerap (baru tau mana satu stesen tu walaupun dah duduk utm 2 tahun..haha)
4) ambil 5 keping gambar bersama kenderaan yang no flat Q (fuhh!! memang jenuh cari dalam UTM ni)
5)  ambil 5 keping gambar kad matrik students foreigner. (kesian mereka! menjadi mangsa..hehe)
6) ambil gambar dengan pak guard kat tiga pintu masuk UTM.
7) wajib jual barang dan dapat paling minimum RM 30. ( ni aku paling tak suka..huhu) 
8) cari barang recycle: kertas =10 kg, botol mineral = 50 biji, tin = 10 biji (siap cari kat tong recycle yang sedia ada..:P)
9) kumpul bekas fries McD = 50 keping. 


pak guard pintu KTGB..nasib baik handsome..hehe


pengalaman paling tak boleh lupa : explore tong sampah McD (*_*)
kedai ayub yang baik hati..:)
  
proud! kumpul barang recycle hampir 1 tan dalam masa hanya 2 jam..:)
nampak tak apa yang penganjur nak mantapkan dalam JKM ni sebenarnya?? i hope u get it !! :)

************************************************************

phase 2 story will be continue................................(^_^)


Monday, June 27, 2011

lepak-ing ??

as-salam semua. :)

pagi tadi kelas cancel. happy plus kecewa jugak sebab dah dalam kereta baru announce kelas cancel. kalau tau, tak ada nya aku nak bersiap lawa-lawa di pagi isnin. haha =p

lepas dengar kelas cancel, direct pergi breakfast McD. huhu  mulut kata pokai, tapi hati kata, "tak apa, sekali sekala apa salahnya". then, gossip-gossip sampai tak ingat. sedar-sedar dah nak lunch. alang-alang tu tunggu Mc Value lunch pulak. apa lagi, spicy chicken aku rembat balik. hehehe ^^

tak suka gila aku sayur ni !!

friends, u all pernah tak lepak macam tu? lepak dengan kawan sampai tak ingat nak balik? haha pengalaman aku yang paling dahsyat, lepak dari pukul 9 malam sampai 6 pagi. uish, balik bilik pagi tu, memang dah high la. haha

opps! aku tak pergi clubbing, ok? haha  al-kisahnya nak pergi makan malam je kat kedai ala-ala mamak gitu la. keluar UTM pukul 9 malam. makan-makan plus gosip-gosip dengan member-member kamcing. tengok jam, dah pukul satu pagi. kita orang blah dari kedai tu pun sebab kedai tu dah nak tutup. hahaha

lepas tu g lepak McD pulak. bertuah gak jadi student UTM ni. McD dekat je. lepak-lepak makan ais krim. then, sesi luahan masa silam pulak. haha sambil tu bengang-bengang dengan mat rempit India. yeah, that is my first time tengok rempit ni. memang dahsyat dan sangat bingit. banyak sumpah seranah keluar malam tu tengok mat rempit yang bangang tu. bajet macho. kalau ko mati katak kat situ lagi macho kot.

dulu, aku selalu pandang serong dengan orang-orang yang suka lepak malam-malam ni. ingatkan dorang buat benda-benda jahat. sekarang, baru aku tau, tak semua remaja macam tu. lagi-lagi student U ni. lepak tu sebenarnya perkara biasa dan sangat berkesan untuk hilangkan sedikit tekanan. ok la tu, lepak-lepak borak kosong daripada clubbing ke, dating dan rempit semua tu.

but BEWARE ! lepak ni pun melalaikan. kalau nak buat selalu sah-sah la dah bahaya. :)  

p/s: ada yang lepak lagi teruk dari aku tak? cuba cerita sikit. hehe








Wednesday, May 25, 2011

cuti semester = short semester + holiday at sarawak !!

assalam semua.

holiday! holiday! itu lah kegembiraan kawan-kawan aku yang dah sampai rumah masing-masing.
aku? still tercongok kat utm ni menghabiskan short sem (2 bulan). tapi, still aku tak sedih sangat. sebab ramai kawan kot.hehe plus ni lah pengorbanan dalam menuntut ilmu kan? *padahal, dalam hati banjir *

so, guys, how are you? hope you being good. aku baru start short semester. harap 8 minggu tu cepat berlalu. tak sabar nak menjejak kan kaki di tanah labuan yang dah setahun aku tinggalkan tu. 

hampir sebulan jugak aku tak menjenguk blog ni. kadang-kadang malas menguasai diri. bila rajin nak update, program lain pula jadi halangan. 
 
as usual, aku suka bercerita pengalaman hidup aku dalam blog ni.hehe

last week, aku berpeluang pergi sarawak buat kali ke-3. have industrial visit there plus short vacation with my coursemates at Miri and Bintulu. apa yang aku boleh cakap, trip ni memang thumbs up. aku suka sangat sebab dapat bawa kawan-kawan semenanjung jalan-jalan kat borneo. dapat bagi dorang peluang naik flight ( kepada yang tak pernah naik flight ). around 40 people jugak la join this industrial trip. next entry aku akan upload gambar. :)

lepas ni kalau boleh, aku nak bawa kawan-kawan aku jalan kat sabah & labuan pula. still on planning. hehe

erm, this coming july ada satu trip lagi pergi Kuching. tak sabar ! thats why i love utm (bak kata izzul) hehe. they gave me chances untuk jalan-jalan around the world. so exciting.!!
 



 




Friday, January 21, 2011

pengalaman baru

salam pertemuan.


masa semakin mencemburui sampai susah aku nak menjenguk dunia blog ni. apa-apa pun aku akan cuba untuk terus berkongsi pengalaman yang aku tempuhi.


ahad lepas, sekali lagi aku merasai pengalaman mandi di air terjun. hehehe


sebelum ni, aku dan kawan-kawan aku pergi kota tinggi. yang second ni pergi gunung ledang dengan team yang organize family day course aku. memang best. thumbs up!!


dan untuk pengetahuan you all, inilah pengalaman pertama aku mandi air terjun. hahaha labuan tak ada air terjun,ok. hanya laut tempat aku nak mandi secara public pun. so, memang excited bila dapat merasai pengalaman berharga ni. (^_^)


aku tau korang tengah gelakkan aku dengan kejakunan aku.wahahaha. so, do i care? hahaha

air terjun gunung ledang


then, setelah penat bermandi-manda, kami ambil peluang pergi rumah kawan aku kat merlimau,melaka. dia pun join sekali team survey gunung ledang tu. mak dia masak...fuhh!! memang marvelous. aku dengar masakan memang pedas-pedas. uish, kepedasannya pun memang mantap. kita orang semua kagum plus perut dah menjerit minta makanan. so, confirm tak hirau alam sekeliling.hahaha


lepas kenyang tu, baru la kita orang tahu yang gulai kita orang makan tu adalah gulai daging rusa. i'm speechless. sebab first time makan daging rusa. (sekali lagi aku tak kisah kalau korang nak gelakkan aku..hehehe)

ini hanyalah gambar hiasan semata-mata.haha

sekian untuk kali ni. lepas ni sibuk nak bersukan. gess mini lympic 2011.



Monday, January 10, 2011

kaki calar balar

tidak..!!!!! semalam aku mengalami satu kemalangan kecil.

terlanggar batu yang tajam time bersuka ria di air terjun kota tinggi.

maka, kaki aku dah tercalar. pedih!!!

ianya kecuaian sendiri sebab tidak berhati-hati.

seriously, it was very painful. (T_T)

anyway, it was definitely a memorable day for me. spent time together with my UTM's siblings at very nice and fresh environment. its look like heaven. ahh,kecantikan nya sangat susah untuk diungkapkan dengan kata-kata.hehehe

so, lets share my waterfall moments at kota tinggi.

10 wet world wrist band





part paling best. waterfall tingkat paling bawah.

Saturday, January 8, 2011

wish yang dah basi

selamat tahun baru..hari ni baru ada kesempatan nak ucapkan tahun baru..harapan aku, semoga semua azam yang korang nak tu tercapai dengan jayanya..


sebenarnya aku tak tau nak cerita apa kali ni. no idea. tapi tangan aku paksa jugak aku untuk menaip bait-bait kata yang terlintas dalam kotak pemikiran aku sekarang ni . hehehe


semester baru bermula. bagi aku tiada yang berubah melainkan subjek-subjek baru yang rasa-rasanya boleh buat aku gila kalau aku jenis yang lemah semangat. kawan aku still happening macam dulu. classmates aku still sporting..


bilangan kawan aku pun makin bertambah kat UTM ni. harap akan terus bertambah sampai final year nanti. bak kata TNC hari tu, kalau boleh cari la dalam 1000 orang kawan baru kat UTM ni before graduate. dan aku rasa, itu adalah salah satu azam baru aku untuk tahun ini. heeeee ^^


apa2 pun lets hit this 2011 road with our spirit. make our life more interesting and amazing..!!! (^_^)


*************************


p/s: untuk menjawab soalan daripada patung boho  mengenai entry lepas, aku jawab kat sini.


dia tanya, macam mana tip pisang aussie tu boleh berwarna merah ?



sebenarnya aku pun tak tau sebelum ni. tapi setelah buat reading research sikit baru tau. hehe


hujung pisang tu berwarna merah sebab orang aussie ni dah wax kan dengan pewarna. tujuan mereka buat macam tu sebab mereka nak tunjukkan identiti pisang hasil negara mereka yang banyak didapati di bandar Queensland. tapi, jangan ingat pisang ini tak special. sebab pisang ni ditanam dengan sistem eco-friendly di mana mereka tak menggunakan baja sintetik dan mana-mana racun serangga. selain tu, mereka memang mengamalkan biological control of pests. salah satunya, mereka letakkan katak dalam ladang mereka. dan hasilnya memang pisang ni sangat sihat yang menghasilkan pisang yang lebih manis dan rasa lebih berkrim. 


oleh kerana penghasilan pisang ni menguntungkan, mereka wax kan dengan warna bagi mengekalkan identiti pisang ini yang dihasilkan di australia. kiranya mereka sangat bangga dengan penghasilan pisang eco-friendly ni. di samping tu, bila dah di wax kan dengan warna ni, pelanggan pun akan lebih tertarik untuk membelinya. sebenarnya, bukan merah sahaja warna yang digunakan. ada warna biru dan hijau jugak. cuma aku tak jumpa pula pisang yang di wax kan dengan 2 warna tu. mungkin ada kat tempat lain kot. 




so, harap patung boho berpuas hati dengan jawapan yang tidak seberapa ini.


have a nice day guys.



Friday, December 31, 2010

my point of view about melbourne

malas gila aku nak update blog sekarang ni. aku dah balik seminggu yang lalu.tapi baru hari ni ada mood nak bercerita pasal "percutian" aku di melbourne hari tu.aku tau korang mesti dah tengok semua gambar2 yang aku dan kawan2 aku upload kat FB tu.hehe  kali ni aku just nak cerita pengalaman, pandangan dan perbezaan antara malaysia dan australia.


perasaan aku tentang melbourne.....best tahap gaban!!!!!!!!! banyak benda baru aku belajar kat australia ni.kebudayaan mereka.cara hidup dan pemikiran mereka.memang banyak kalau nak cerita pun.cuma, aku just nak cakap tak rugi kalau korang nak pergi.australia termasuk dalam top 10 negara hebat kat dunia.

benda-benda menarik yang dijumpai di melbourne....

1) tram

tram ni memang public transport kat melbourne.banyak sangat benda ni.tram ni guna elektrik untuk berfungsi.mudah dan selesa.tak ada pencemaran.nak naik benda ni guna kad yang kita kena punch kat mesin yang ada dalam tram tu.kad-kad tram banyak dijual kat 7-Eleven.so, kalau malaysia ada benda ni, tak ada la sesak sangat KL tu..

2) stesen minyak 7-Eleven

sori kak dayah..ambik gmbr akak tuk hiasan..hehe
 7E kat melbourne memang berlambak.kat setiap lorong ada 7E.sampai ada stesen minyak 7E lagi.

3) pisang aussie


 red tip banana.tak pernah aku jumpa pisang ni kat malaysia.

4) kanggaroo


haa.binatang ni confirm tak ada kat malaysia.mereka ni bergerak dengan melompat menggunakan kaki dan ekor mereka.dikatakan ekor mereka sangat kuat.kalau anda terpijak, kanggaroo ni akan mengamuk.

5) penguin comel


penguin terkecil kat dunia hanya boleh dijumpai di Philip Island, australia.memang habitat mereka di situ.gambar kat atas ni kami tangkap semasa berjalan-jalan di Nobis Centre.lepas tu,kami sempat ke penguin parade menunggu penguin2 comel ni pulang ke sarang mereka.around pukul 9pm (waktu australia) barulah nampak mereka terkedek-kedek muncul dari lautan yang luas.

rasanya itu je la kot benda menarik aku nak cerita..

***************************************

sekarang aku nak bagi pendapat aku pulak.tentang perbezaan ketara antara malaysia dan Australia.
MENTALITI
mentaliti di negara kita masih berada di tahap ke-3.tapi australia dah berada di tahap pertama.

rakyat mereka sangat peramah dan suka membantu.
rakyat kita, jumpa mat salleh kat tepi2 jalan,bertempiaran lari.takut tak pandai cakap british.

rakyat mereka yang pakai kot semua naik kenderaan awam.
rakyat kita yang pakai kot semua naik kereta mewah.bangga dengan kereta itu.

di negara mereka, seatbelt memang dah jadi kebiasaan.
rakyat negara kita, bila terserempak polis trafik or road block baru sibuk nak pakai semua.

rakyat mereka buang sampah mengikut kelas-kelas sampah.(botol kaca, plastik,kertas).
negara kita, kalau baik,campak je kat mana2 tong sampah.jahat sikit, buang je kat tepi jalan.

rakyat mereka suka membaca.membaca di mana sahaja pada masa terluang.
rakyat kita, ada masa terluang lebih suka tidur.

rakyat mereka sentiasa bangga dengan ahli sukan mereka.atlet menjadi idola.
rakyat kita suka ambil artis sebagai idola.kalau nak sokong negara dalam arena sukan pun bila masuk final je.macam kes piala AFF SUZUKI 2010 baru2 ni.

negara mereka mengamalkan sistem adil antara pelanggan dan servis.kalau salah daripada pihak yang bagi servis,duit dipulangkan.
rakyat kita suka ambil untung je tanpa kualiti.kalau salah pun, buat2 tak salah.lebih suka naik turun mahkamah.

negara mereka subsidi diberikan untuk rakyat sedikit sahaja.cukai pula tinggi.tapi produk setiap tahun boleh dibanggakan.
negara kita, bagi macam2 subsidi.tapi, cukai malas nak bayar.produk pula naik turun.

rakyat mereka bangga dengan kerja2 construction.
rakyat kita pulak harap rakyat indon atau bangla je kerja2 macam tu.

renung2 kan lah.aku bukan kutuk negara tercinta.tapi, nak tengok kedudukan negara kita sendiri dalam mengejar gelaran yang setanding dengan negara lain.
mampukah kita mencapai negara maju pada tahun 2020 nanti dengan mentaliti yang ada sekarang??

********************************************