Monday, January 16, 2012

kes salah tempat time exam

What should i do?Otokke? Otokke? Gatal je tangan ni nak ber'blogging'. Ok! Tak apa. This only take a few minutes. Just a simple story. *padahal dari tadi magnet kat laptop lagi kuat dari magnet kat nota*

Pagi tadi my 3rd paper out of 5. Sedih kan. Orang dah berpusu-pusu balik kampung, me and my friends still need to struggle till this wednesday. Tak apa. Ada hikmah kot. InsyaAllah. Mana tau dapat result gempak. ;) 

Ok. Pagi tadi ambil paper "Combustion & Gas Utilization". Dalam jadual yang aku salin, exam tu start pukul 9 dan tempat exam kat N29, bangunan dekat area2 Ibnu Sina tu. Nun jauh di atas bukit tu. Tapi, suddenly, time on the way dah nak pergi exam, dapat sms. N02-1-12. Tu je. tak ada titik pun. Nasib baik faham.hehe Ni bilik kuliah kat fakulti kami. Erm, pelik je suddenly tukar tempat without notice. Tapi, pergi je lah. Tengok2 ramai dah kat situ. 

Unfortunately, lecturer tak kunjung tiba walaupun beberapa minit je lagi pukul 9. Tapi buat bodoh jugak. Sampai la ketua kelas dapat sms daripada seseorang

" Wey, korang kat mana? Lecturer dah tunggu kat N29 dah ni." 

Apa lagi, kelang kabut keluar. Lucu la. haha Masuk2 dewan sebenar, lecturer tu hanya mampu tersenyum. :)

Pernah kena juga macam kes ni time first year dulu. Paper Math Kejut (Math engineering) pulak tu. Kumpul kat masjid UTM. Rupa2 nya exam kat N24. Depan bangunan CICT. Fuhh! jauh tu nak berjalan kaki. Yela, first year dulu mana ada transport lagi. Sampai je, tengok semua orang dah duduk. Malu kot dengan muka berpeluh2 masuk exam. Tak tau la macam mana boleh tersilap tempat. Bila tengok result, lebih separuh kelas fail subjek Math kejut. Memang terkejut-kejut la lecturer kite orang.haha :P 
*tapi bukan itu faktor utamanya ramai orang fail. Long Story. tak perlu nak ingat kembali kot.. hehe *

So, pengajaran yang aku dapat daripada kisah benar ini :

1) Janganlah harapkan sorang je dalam kelas tu untuk salin jadual. Nanti boleh berdebat kalau banyak tempat yang bercanggah. haha

2) Jangan asyik nak salin orang punya jadual je. Nanti, kawan kau tulis exam kat pejabat akademik pun, kau ikut salin jugak. Sebab malas sangat nak cek jadual kan. :P

3) Last but not least, kalau kau dah salin jadual tu dengan mata plus tangan sendiri, kena yakin diri. Walaupun banyak rumors lain, buat bodoh je. Ikut je macam yang kau nampak dan tulis tu. Kalau salah jugak tu, mungkin mata kau dah makin rabun kot. Tak pun tulisan kau macam cakar ayam. :)

Ok.Bai.:)


Saturday, January 14, 2012

cerita hot 13 Januari 2012

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua reader yang singgah di ruangan ini. :)

Hari ni ada benda yang aku mau share. jom tengok gambar bawah ni. 


Yang aku highlight dengan kotak merah tu adalah kata2 yang dikeluarkan daripada seorang hamba Allah kepada kawan aku yang post status ni. Dan luckily post ni dapat "like" yang memberangsangkan. Bukan like perkataan awal2 tu, tapi like kenyataan yang kawan aku ni buat.

First2 tu, nda tau mau bagi reaksi macam mana time baca benda ni. mau ketawa guling2 pun ada sebab nda sangka ada juga mahasiswa yang nda kenal lagi Malaysia ni. Mau marah pun ada sebab dia macam pandang rendah jak dengan keadaan di Sabah tu. 

Oh ya, kawan ni satu U dengan aku. Maka, orang yang mengeluarkan kata2 di yang dikotak kan tu jugak adalah mahasiswa UTM. what a shame! Nah, kan tertonjol sudah kebodohan diri sendiri bila kau cakap begitu. Itulah, bila fikiran terlampau sempit kan. Macam2 suda mitos yang keluar. Nda da gaya macam mahasiswa suda. Menangis ba kali cikgu yang ajar dia Geografi dulu menengok pelajarnya terlebih gaya macam "katak di bawah tempurung" tu.

Aku mau petik kata2 daripada Hot.Fm ni. Bagi sedar sikit rakyat Malaysia di luar sana yang masih kolot:

" ...................Kata 1 Malaysia. Tak kan la itu pun tak tahu. Tak guna kalau kat IC tu je yang tertulis warganegara Malaysia kalau keadaan negara sendiri pun tak tahu."

Serius, ayat ni daripada petikan iklan dalam Hot.Fm. Bukan rekaan semata-mata, ok? :) Sesuai kan ayat purple tu untuk orang2 yang masih kolot tu. Kalau aku yang berada di tempat kawan aku ni, memang kena laser terus. hahaha Jom ba bercuti jalan2 pi Sabah. Baru kau tau Sabah tu macam mana. Jangan suka buat kesimpulan sendiri. Nanti diri sendiri yang malu. Nda guna kalau mau berebut2 join GOP pi luar negara kalau pasal negara sendiri pun nda tau. Malu beb. 

Kau patut risau bila pi jalan2 di luar negara. Nanti mana tau la kan, ada mat salleh yang suka melancong ni tanya pasal Sabah atau Borneo. Nda kan kau mau garu2 kepala time tu mencari jawapan. Jangan jak sampai terkeluar "Oh, Kota Kinabalu is located in Indonesia". Itu memang mau kena kasi makan sup selipar. hahaha

Fikir2 dan renungkanlah wahai penduduk Malaysia sekalian.


Sekian untuk hari ini. jumpa lagi.:)

p/s: Credit tu akip. Sori aku printskrin status mu ni. Menarik pula untuk dibincangkan. hehe

Saturday, January 7, 2012

nazmi faiz

Selamat pagi semua. (waktu Malaysia sekarang ni: 2.09am) :)

Alhamdulillah, baru selesai buat satu past year Numerical. Time2 kusyuk menelaah tu, terdengar lagu Harimau Malaya kat radio era. Erm, siapa lagi aku nak ingat kalau bukan Nazmi Faiz ni. haha :D



First time fall in love dengan this guy time Sukan Sea final Malaysia vs Indonesia hari tu. Kelicikan dia main kat padang sangat mencairkan hati..hehe  Tambah2 lagi umur baru 17 tahun. Cute pulak tu.Aku rasa lepas ni aku nak tukar nombor jersey ke nombor 21 la. :P

Dua tiga hari jugak la demam Nazmi Faiz hari tu. Sekarang dah lega sikit tapi dia still ranking first pemain bola Malaysia dalam carta hatiku.hahaha  Sekarang ni, rakyat Malaysia dah mula menyayangi pemain harimau muda. InsyaAllah, aku pun akan sentiasa memberi sokongan dari jauh. Matlamat lepas ni, nak kena cari jersi kuning tu. Nak jugak pakai kalau pergi tengok game Malaysia. Semangat gituu!! :)

Sesiapa2 yang minat jugak kat Nazmi ni, jom follow Twitter dan Website dia. :)

Fakta : Game bola paling teruja, hebat dan bombastic yang aku pernah tengok setakat ni ialah Final Match Sukan Sea Malaysia vs Indon. Buktinya, bila dah dapat gol kemenangan daripada Badrol Bakhtiar je, terus aku lompat tak ingat dunia sampai kerusi aku jatuh pun tak sedar. :D Dah la yang duduk belakang aku tu lelaki. Buat malu je. haha Tapi, malam tu memang best dan meriah. 1 UTM menjerit. Siap buka dewan besar untuk sokong Malaysia. Terbaik gila!! 

Sekian untuk cerita pasal Nazmi Faiz dan bola. Jumpa kat next entry.

Friday, January 6, 2012

kenapa susah nak "forget" walaupun dah "forgive"?

Salam. Bertemu Kembali.

Forgive and then forget. Selalu dengar kan benda alah ni. Tapi, aku rasa hampir semua orang hanya sanggup sampai tahap forgive kot. Nak forget terus tu memang susah. Lain lah kalau memang dah nyanyuk.:P
It's depend on situations jugak kalau nak forget terus ni. Nama pun manusia kan. susah nak hilangkan perasaan negative tu dalam hati. 

Konon2 nak forget everything la after give forgiveness, tapi that's always something yang ala2 duri tertinggal kat dalam hati kan. Yeah. Aku ada pengalaman juga dalam2 hal macam ni. A lot jugak la kan. Aku memang dalam hati ada taman sikit. hahaha :D  

2 sebab kenapa aku susah sikit nak forget someone/something yang make me hurt inside :

1. Terasa dikhianati. Depan2 memang baik and layan everything. Suddenly, dapat tau that person do something untuk buat aku jatuh tersungkur demi kepentingan diri sendiri. @#$%^&*

2. You make me felt like a 'murahan' girl/friend. Bila nak, cari aku. Bila dah bosan mula lah nak kutuk2 macam aku tak ada perasaan kan. Our close relationship doesn't mean we need to tease each other with the "stupid" joke. 



Sedih kot bila benda2 ni jadi. Luaran, memang nampak macam tenang dan mudah nak maafkan orang. Tapi, dalam hati Tuhan je yang tau. ;( 

Anyway, me myself still try to improve kekurangan diri ini. Try untuk easily forget what happen in the past. Setiap manusia pun berpeluang untuk berubah, kan? InsyaAllah. :)


Thursday, January 5, 2012

aku bersama new year =]

Bismillah. 

Alhamdulillah. tahun baru tiba lagi. dan kebetulan pulak ini entry ke-100 sejak aku terlibat dengan dunia blog ni..:) Walaupun lambat sikit, still nak wish "SELAMAT TAHUN BARU" !!

Dah hampir 22 tahun aku bernafas kat atas bumi ni. Perasaan tu tak terungkap bila tahun baru datang lagi. Aku terfikir kembali, azam tahun 2011 dah tercapai ke? fikir punya fikir, rupanya aku tak ada azam yang specific pun. Aku rasa azam tu tak perlu tunggu tahun baru pun kan? Bila-bila je kita boleh berazam sebenarnya. hehe

So, tahun ni pun aku tak ada azam yang menarik untuk dikongsi. Tapi aku ada matlamat yang besar yang nak dicapai tahun 2012 ni : nak dapat tempat practical yang baik. yup! itu je buat masa ni. :)

Mungkin pengakhiran tahun 2011 kali ini agak menarik sikit. Selalunya, tahun baru duduk dalam bilik je. Menghadap buku. (rasanya la..) haha


pic source : cik rozana


Event pertama (beberapa hari sebelum new year) : having BBQ night + bacaan doa selamat with team GOP. meriah !!:) memori bersama korang sentiasa terpahat di hati. doaku agar ikatan ukhuwah kita yang dah kuat akan sentiasa erat.



Me and my buddies =]

Event ke-2 : lepak-ing dengan Kim dan Naomi. Dinner and chit-chat sambil makan aiskrim di malam new year. Dengan harapan nak tengok bunga api, tapi dapat tengok ekor bunga api je. haha :P

We are doing deep conversations about our past and future. what we have done in 2011?what others thinking about us? what should we do to improve ourselves? erm, ala-ala muhasabah diri gitu la. Beautiful night actually walaupun hanya ditemani dengan ais krim walls. kan? :)

Deeply in my heart, i really appreciate what you two have done in my life. We have been through the sweet and hardest moments together. Thank you so much for always being there whenever i need you. :) THANK YOU!! big heart from me.

*********************************************

p/s: setakat hari ni dah dua paper berjawab. Another 3 is coming. 16 januari the next paper. Tengah berfikir nak buat aktiviti apa dalam 11 hari tu. (tak sedar diri tengah exam..hahaha :P)







Friday, December 30, 2011

team mate part 2 : GOP UAE

salam semua. bertemu kembali.

nampaknya, kawan aku tertunggu2 part 2 ni kan? hehe  sorry kepada sesiapa yang tak sabar nak tau "what's on my mind about you????" ;) sesiapa yang tak baca lagi part 1, sila lah jenguk2 . aku dah cerita about 8 persons kat part 1. then, ada lagi 8 orang including me. :) pasal aku, tak perlu cerita la kan..hehe

ok!! here we are the next 7 lucky persons in my life..





--> dikenali sebagai Am. timbalan pengarah team kami dan juga ketua entrepreneurship. Dalam kamus hidup aku,am ni seorang kawan dan pemimpin. from my point of view, dia ada 2 character dalam diri dia. bila dia serius, dia akan jadi seorang kawan dan pemimpin yang dihormati bukan ditakuti. tapi bila dia dalam mode bergurau, frankly speaking aku nampak dia macam kanak2 riang sangat. ;P kadang2 tak sangka dia macam tu, tapi that's the speciality of him. dan i've learned many thing from him. im proud to be your secretary..:)







--> next, ni my partner untuk unit program. rasanya pertama kali bekerjasama dengan ayie dalam team ni. :) seorang yang sangat cerewet especially dalam bab2 makanan. sangat suka berdebat dengan BP (yang ni memang annoying sometimes..hehe)..makanan yang dia masak pun memang sedap..tapi, 1 karakter dominan ayie : kuat melenting. :P yang ni yang tak boleh tahan..haha
tapi, dia memang  super duper a good partner. cepat je nak serasi dengan ayie ni  sebab tak banyak karenah sangat bila nak buat kerja. keep it up!! happy to be your partner. :)








--> JACK ! muka sebijik macam iklan banner belakang tu kan?hehehe  seorang kawan yang baik dan bermulut manis. senang didekati sebab terlebih peramah. lagi satu, otak dia memang gila2 sikit dan memang sesuai la jadi presiden karisma. tak kering gusi kalau duduk bersembang dengan jack ni. product terbaik karisma la katakan..haha dari satu sudut lain, aku tengok jack ni sangat protect his friendships. corret me if im wrong..:P
about work, jack ni bermusim sikit. kalau rajin, kerja dia memang siap. tapi, kalau datang kemalasan tu, tak tau la nak cakap macam mana kan..;)








--> dulu first time tengok zaki, terkejut plus excited sebab muka dia ada iras2 pelakon zul ezany..haha siapa2 tak kenal zul ezany boleh google. tapi dah lama2 tengok ni, dah tak sama kot. hehe :P
zaki, seorang yang agak pendiam dan pemalu (dengan girls je kot). tak tau la bila berada dalam kalangan kawan2 laki kan.hehe tapi, bila tengok zaki je, mesti nak tau "what's in his mind actually?".haha susah nak predict ape yang dia tengah fikir..
pernah kerja bawah dia. he is a good leader dan bakat tu boleh diasah lagi. :) special thanks to him sebab banyak menyumbang dalam pengumpulan dana program ni.










--> muka macam garang je kan. tapi, he is totally a funny person.hehe penceria kepada semua orang. sense of humor yang sangat tinggi. kalau tak ada mamu, suram kot team ni. lagi satu aku respect about him, he can survive well. survival dia tu sangat menonjol. kalau diberi pilihan dicampak ke mana2 pun, aku nak pilih kawan macam mamu ni sebagai partner. haha lagi satu, mamu ni macam poket doraemon pun ada. semua benda dia ada bila team ni need something urgent.sangat bertuah sebab dapat satu team dengan dia. :)





--> sangat sinonim dengan kopiah merah dia tu.hehe sebenarnya, tak rapat sangat dengan izaidi ni. sebab jarang dapat sembang2 kan. he is the type of person yang susah nak didekati kot. walaupun dia pangkat adik dalam kelas, sometimes dia bertindak lebih matang daripada kawan2 lain. kadang2 macam gerun gak nak dekat dengan izaidi ni. hehe
dan yang paling penting zaidi sangat sporting. kenangan kat Dubai is the best.. (^_^)








--> jejaka hot ni bernama Ihsan. :) mempunyai senyuman yang manis yang memikat hati ramai wanita. haha dia suka buat joke dalam keadaan muka yang serius. sampai kadang2 tu cuak la jugak. dia ni tengah marah ke or tengah main2.confuse. hehe  anyway, ihsan ni sorang yang baik hati dan penyayang walaupun nampak macam tegas. banyak2 lelaki yang aku kenal, aku boleh kategorikan dia as one of my friend yang sangat respect kat perempuan. memandangkan dia selalu jadi AJK keselamatan, mindset aku pun selalu fikir kalau rasa tak selamat, cari je ihsan. haha :)




************************************************************

maka selesai la sudah kisah2 team mate aku ni. i wrote about them in my blog, supaya in the future aku tak akan lupakan mereka. mereka2 ni dah diiktiraf sebagai insan istimewa dalam my life sebab dah mencipta kenangan paling best kat UAE. :)

semua yang korang baca kat part 1 dan part 2 ni memang lahir daripada rasa hati aku tanpa dipengaruhi mana2 faktor.

kepada sahabat2 berkenaan, maaf dipinta sekiranya ada ayat2 aku yang mengguris perasaan korang. just let me know if you feel uncomfortable with my words. 

semoga ukhuwah kita kekal sampai bila2..:)