Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Friday, February 15, 2013

Vacation in Malaysia (Perlis)



Salam and good day everybody! 

Another great and amazing stories i guess. Hehehe (walaupun agak terlambat nak share)

Yeah, aku dah menjalankan misi jelajah Malaysia. Lepas dapat tawaran masuk UTM hari tu, memang ada impian nak jejak negeri-negeri di semenanjung ni. Before this aku dah pernah pijak bumi Johor of course, Negeri Sembilan about 3 times and Melaka dalam 2 kali. Dan latest penjelajahan aku, aku bagi tajuk "5 days for 5 lands". Maksudnya dah terang dan nyata bila dalam 5 hari aku berjaya tawan 5 negeri. hehe :)


First2 tu rasa macam impossible. Tapi, pengalaman2 pergi oversea sebelum ni mematangkan fikiran dan perancangan bercuti ni to become possible. So here we go!!



Dengar Perlis je, first thing that came from my mind is "negeri terkecil kat Malaysia". Actually aku pun tak sure sekecil mana Perlis ni until I reach there. Tapi, memandangkan aku sehari je kat Perlis, tak sempat nak analisis sepenuhnya. Anyway, aku rasa Perlis lagi besar dari Labuan. hehe 


11 Nov 2012


Tempat wajib pergi kat Perlis : Padang Besar. Dah dekat dengan Thailand tempat ni. 



Ni Padang Besar yang indoor. Sangat banyak kedai. Kalau kaki shopping, sehari pun tak cukup kot nak jelajah semua kedai kat sini. haha But seriously, memang banyak barang murah. :)



Lepas penat jalan-jalan kat Padang Besar, perut minta diisi. Try laksa lemak sebab tak pernah makan pun sebelum ni. Tapi rasa kuah dia macam kuah ikan masak lemak yang biasa kita makan tu. hehe 



Time kat Perlis tu, cuaca tak berapa elok. Hujan lebat sangat bila petang so, tak dapat jejak kan kaki kat bandar Kangar dan Arau. Just duduk dalam kereta dan menikmati pemandangan alam sekeliling. 


Tips  Interesting fact about Perlis: 

1) Walaupun Perlis sebuah negeri yang kecil, institusi pendidikan dia still lengkap. Sekolah rendah, sekolah menengah, kolej matrikulasi dan universiti (UiTM dan UNIMAP). Impress sekejap. Padahal labuan pun sama jugak. hehe


2) UNIMAP punya bangunan ada kat mana2 seluruh Perlis tu. First2 dulu aku tak percaya cerita kawan aku dulu pasal benda ni. Dah tengok baru rasa takjub. 


3) Rupanya Perlis pun ada istana. Aku je yang baru tau. haha



********************************

Special Thanks kat Malun @ Kawan Akmal Zaidi sebab bawa jalan-jalan kat negeri indera kayangan ni.


Finish for Perlis part! Lepas ni jenguk2 lah next entry. An interesting story about Kedah Darul Aman pulak. =)



Tuesday, February 1, 2011

makan lagi !!!

assalamualaikum sahabat..

alhamdulillah, hari ni cuaca ada cerah sikit. semangat la aku dan kawan-kawan aku yang tak balik cuti ni mengorak langkah ke City Square, JB. hehehe

macam biasalah kalau perempuan cari barang memang sampai nak tercabut tulang kaki.(macam lah aku ni bukan perempuan..=P). aku siap boleh terlelap lagi time tengah tunggu kawan-kawan aku shopping kasut. hahaha  aku tak beli apa-apa pun sebab tak ada yang berkenan di hati.

ok..terus masuk point yang sebenar. hari ni aku cipta sejarah lagi. first time aku makan kat kenny rodgers!!!!!!!!! hahaha
kawan aku belanja. kamsahamnida roy sshi. moga murah rezeki hendaknya. menu memang mantap.


menu yang kami order:

- ayam + sos blackpepper
- spageti ayam
-spageti daging
- makaroni cheese
- potato salad
- mashed potato
- buah
- muffin ( coklat, banana, vanilla)
- ice cream muffin submarine ke apa entah. yang penting ice cream la.
- iced choclious milk ( entah macam mana nak spell choc tu) hehe

 apa-apa pun, hari ni memang enjoy walaupun penat. see ya.

that delicious ice cream.




Friday, January 21, 2011

pengalaman baru

salam pertemuan.


masa semakin mencemburui sampai susah aku nak menjenguk dunia blog ni. apa-apa pun aku akan cuba untuk terus berkongsi pengalaman yang aku tempuhi.


ahad lepas, sekali lagi aku merasai pengalaman mandi di air terjun. hehehe


sebelum ni, aku dan kawan-kawan aku pergi kota tinggi. yang second ni pergi gunung ledang dengan team yang organize family day course aku. memang best. thumbs up!!


dan untuk pengetahuan you all, inilah pengalaman pertama aku mandi air terjun. hahaha labuan tak ada air terjun,ok. hanya laut tempat aku nak mandi secara public pun. so, memang excited bila dapat merasai pengalaman berharga ni. (^_^)


aku tau korang tengah gelakkan aku dengan kejakunan aku.wahahaha. so, do i care? hahaha

air terjun gunung ledang


then, setelah penat bermandi-manda, kami ambil peluang pergi rumah kawan aku kat merlimau,melaka. dia pun join sekali team survey gunung ledang tu. mak dia masak...fuhh!! memang marvelous. aku dengar masakan memang pedas-pedas. uish, kepedasannya pun memang mantap. kita orang semua kagum plus perut dah menjerit minta makanan. so, confirm tak hirau alam sekeliling.hahaha


lepas kenyang tu, baru la kita orang tahu yang gulai kita orang makan tu adalah gulai daging rusa. i'm speechless. sebab first time makan daging rusa. (sekali lagi aku tak kisah kalau korang nak gelakkan aku..hehehe)

ini hanyalah gambar hiasan semata-mata.haha

sekian untuk kali ni. lepas ni sibuk nak bersukan. gess mini lympic 2011.