Sunday, June 26, 2011

go jun "poyo" atau lee min ho "hot"?

aku tak kisah orang nak cakap dia poyo ke, jambu ke.yang penting, sekarang ni tengah in love dengan pelakon tip top ni. hehe awal-awal dia berlakon pun, aku tak minat sangat sebab rambut keriting dia tu.hehehe  sejak tengok city hunter, terus terpikat aku dengan mamat ni. handsome gila plus sangat berkarisma dalam cerita baru ni.


ni wajah terbaru dia dalam cerita city hunter. so handsome. hehe ^^

ni time first2 dia berlakon. tak minat sangat time ni. :P


personal taste drama : tak suka cerita ni sebab dia bercinta dengan heroin yang tak cantik.. hahaha

jom tengok city hunter !!! best gila kot. addicted dengan cerita ni sekarang. heroin pun comel..^^

live your life to the fullest


yeah..i have to endure with this boredom...^^

Thursday, June 23, 2011

silat ilmu pertahan diri or ilmu hitam?

salam kepada semua sahabat yang sudi menjengah . syukran ! syukran ! :)

aku berminat nak buat entry pasal ni sebab aku dah bosan dengan kutukan-kutukan orang sekeliling yang cakap silat ni ilmu hitam la. ilmu sihir la. aku pernah menjadi ahli persatuan seni silat gayong time sekolah rendah sampai la sekolah menengah. walaupun sekarang aku dah tak aktif, insyaAllah kalau ada masa terluang aku akan terus mendalami ilmu pertahankan diri ni.


standard la manusia kan? suka judge by luaran je. silat ni memang la jadi benda yang tak baik kalau disalah guna. tapi selama yang aku menuntut ilmu ni tak pernah pulak ada unsur-unsur ajaran sesat. semua berlandaskan kitab suci Al-Quran.


aku ingat lagi time first jadi ahli silat gayong yang rasmi, akan ada satu majlis menyambut ahli baru. majlis tu diisi dengan sesi ta'aruf dan bacaan Al-Quran. ada majlis angkat sumpah lagi. sumpah ni antaranya ialah taat kepada Allah s.w.t, taat kepada kedua ibu bapa dan taat pada guru. kalau ilmu hitam, korang rasa ada ke buat majlis baca-baca Al-Quran ni?


mandi bunga atau limau? kalau mandi bunga atau limau je, mesti orang ingat nak tuntut ilmu yang tak betul. korang salah kalau fikir macam tu. adat mandi ni bertujuan untuk menjauhkan gangguan makhlus halus dan juga tujuan perubatan. mandi limau ni kan boleh megelakkan bau badan yang busuk. nak ambil contoh syampu limau purut tu, tujuan dia untuk menguatkan akar-akar rambut kan? kes tu, tak pula orang panggil mandi limau sedangkan syampu yang mengandungi isi limau tu digunakan time mandi.


ilmu kebal? yup, memang dalam silat ni ada ilmu untuk mengebalkan badan. tapi untuk tujuan yang baik ok?kalau ada yang menggunakan nya di jalan yang salah, memang la orang tu mengamalkan ajaran sesat. walhal dalam silat, setiap ahli diingatkan agar tidak menyerang musuh selagi musuh tidak menyerang kamu. lagipun hanya orang tertentu sahaja yang boleh belajar ilmu ni. Allah sendiri pun menggalakkan umat Islam untuk mempersiapkan diri dengan fizikal yang kuat untuk menyerang musuh-musuh Islam kan? 


tula antara sedikit sebanyak persoalan yang orang lain curious pasal silat ni. aku tak lah tau serba serbi tapi, aku tau lah yang basic macam yang kat atas tu. fikir-fikir kan lah. janganlah kamu menyebarkan sesuatu yang buruk mengenai sesuatu perkara jika kamu tidak arif mengenaninya. 


mengenai perbezaan ilmu-ilmu silat (silat cekak, silat gayong, etc) kat malaysia, aku tak nak ulas dengan lanjut. takut menimbulkan kotrevesi. hehe  kalau korang nak tau sejarah asal usul dan perkembangan silat ni, boleh la google. banyak blog dan artikel yang boleh dijadikan rujukan. 


ni la cikgu yang ajar aku silat time kat sekolah menengah. sir azizan. :) rindu nak belajar silat lagi.



adios...^^ have a nice day peeps..


Wednesday, June 8, 2011

korean fever

bismillah. sedar tak sedar dah setahun aku menyelusuri alam blog ni. banyak benda baru aku belajar.terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jadi follower ke atas blog yang tak seberapa ni. hehe 

****************************************

korean fever? OMG !! kawan-kawan sekeliling aku mesti perasan kan penyakit aku ni. aku pun tak tau lagi macam mana nak cure demam ni. buka-buka laptop je, log in facebook and twitter. lepas tu baca berita harian kpop, tengok video baru kpop, download variety show kpop yang baru. dekat twitter pulak, translate semua tweet artis-artis kpop. kalau rajin, reply tweet hallyu star tu *walaupun tau hakikat yang tweet aku tak akan dipandang pun* . =_=''

tula susahnya bila dah terjebak ni. kalau tak tengok sehari, macam nak demam je. nak buat tu tak larat. nak buat ni tak ada mood. memang dahsyat penangan dunia artis korea dalam diri aku ni. nak menyesal sekarang pun tak guna. mengharapkan kesedaran diri je la sekarang ni. harap-harap bila dah kerja nanti, tak ada lah melekat lagi korean maniac aku ni. 

bermula dengan seorang sahabat yang mengenalkan super junior, aku mula terjebak. lepas tu, tengok semua drama korea. aku rasa drama negara dorang ni memang lain dari yang lain. unik dan orang sentiasa ketagih nak tengok. then, terjebak pula dengan reality show we got married. uish, makin hebat. kalau boleh semua cerita pasal artis korea aku nak tau. hahaha

kesian kat negara aku yang tercinta ni. aku tak peduli langsung pun cerita-cerita semasa yang berlaku sekarang. tula, siapa suruh selalu letak cerita politik yang dah makin "kotor" tu. mana la aku nak minat. kalau tajuk depan dah pasal perang politik, lagi la aku tak nak baca newspaper tu.dalam tak tau lagi. pasal buang bayi la. bunuh family la. uish, aku pun tak sanggup baca benda-benda tu wey.

ok..ok..tak nak cakap pasal hal-hal yang tak berapa menggembirakan tu. baik aku baca berita allkpop. hahaha ^^ *kejam  tak aku?* haha


my top favourite and cutie korean singer, IU.!! 


p/s: tengah cari penyelesaian macam mana nak kurangkan korean fever.. T_T









Wednesday, May 25, 2011

1st day (17/05/2011) location: sekitar Miri

first group yang fly from LCCT to Miri Airport..:)

sempat posing before masuk plane.

mee kolok sarawak. ala-ala mee goreng gitu. special nya ada kuah sos yang dituang atas mee ni.
wajah-wajah ceria bila dah sampai Miri
singgah taman awam Miri jap!!
jambatan gantung. cuak la jugak. agak tinggi. haha
dipenjara dalam taman awam Miri. hehe
nice view at Tanjong Lobang
pose lepas puas tengok ketam.
seehorse adalah simbolik kepada Miri.
akmal Zaidi : tour guide kat Miri
first night yang mengharukan : terpaksa jadi PATI kejap untuk cari kedai 
makan. :P

cuti semester = short semester + holiday at sarawak !!

assalam semua.

holiday! holiday! itu lah kegembiraan kawan-kawan aku yang dah sampai rumah masing-masing.
aku? still tercongok kat utm ni menghabiskan short sem (2 bulan). tapi, still aku tak sedih sangat. sebab ramai kawan kot.hehe plus ni lah pengorbanan dalam menuntut ilmu kan? *padahal, dalam hati banjir *

so, guys, how are you? hope you being good. aku baru start short semester. harap 8 minggu tu cepat berlalu. tak sabar nak menjejak kan kaki di tanah labuan yang dah setahun aku tinggalkan tu. 

hampir sebulan jugak aku tak menjenguk blog ni. kadang-kadang malas menguasai diri. bila rajin nak update, program lain pula jadi halangan. 
 
as usual, aku suka bercerita pengalaman hidup aku dalam blog ni.hehe

last week, aku berpeluang pergi sarawak buat kali ke-3. have industrial visit there plus short vacation with my coursemates at Miri and Bintulu. apa yang aku boleh cakap, trip ni memang thumbs up. aku suka sangat sebab dapat bawa kawan-kawan semenanjung jalan-jalan kat borneo. dapat bagi dorang peluang naik flight ( kepada yang tak pernah naik flight ). around 40 people jugak la join this industrial trip. next entry aku akan upload gambar. :)

lepas ni kalau boleh, aku nak bawa kawan-kawan aku jalan kat sabah & labuan pula. still on planning. hehe

erm, this coming july ada satu trip lagi pergi Kuching. tak sabar ! thats why i love utm (bak kata izzul) hehe. they gave me chances untuk jalan-jalan around the world. so exciting.!!