Friday, December 31, 2010

my point of view about melbourne

malas gila aku nak update blog sekarang ni. aku dah balik seminggu yang lalu.tapi baru hari ni ada mood nak bercerita pasal "percutian" aku di melbourne hari tu.aku tau korang mesti dah tengok semua gambar2 yang aku dan kawan2 aku upload kat FB tu.hehe  kali ni aku just nak cerita pengalaman, pandangan dan perbezaan antara malaysia dan australia.


perasaan aku tentang melbourne.....best tahap gaban!!!!!!!!! banyak benda baru aku belajar kat australia ni.kebudayaan mereka.cara hidup dan pemikiran mereka.memang banyak kalau nak cerita pun.cuma, aku just nak cakap tak rugi kalau korang nak pergi.australia termasuk dalam top 10 negara hebat kat dunia.

benda-benda menarik yang dijumpai di melbourne....

1) tram

tram ni memang public transport kat melbourne.banyak sangat benda ni.tram ni guna elektrik untuk berfungsi.mudah dan selesa.tak ada pencemaran.nak naik benda ni guna kad yang kita kena punch kat mesin yang ada dalam tram tu.kad-kad tram banyak dijual kat 7-Eleven.so, kalau malaysia ada benda ni, tak ada la sesak sangat KL tu..

2) stesen minyak 7-Eleven

sori kak dayah..ambik gmbr akak tuk hiasan..hehe
 7E kat melbourne memang berlambak.kat setiap lorong ada 7E.sampai ada stesen minyak 7E lagi.

3) pisang aussie


 red tip banana.tak pernah aku jumpa pisang ni kat malaysia.

4) kanggaroo


haa.binatang ni confirm tak ada kat malaysia.mereka ni bergerak dengan melompat menggunakan kaki dan ekor mereka.dikatakan ekor mereka sangat kuat.kalau anda terpijak, kanggaroo ni akan mengamuk.

5) penguin comel


penguin terkecil kat dunia hanya boleh dijumpai di Philip Island, australia.memang habitat mereka di situ.gambar kat atas ni kami tangkap semasa berjalan-jalan di Nobis Centre.lepas tu,kami sempat ke penguin parade menunggu penguin2 comel ni pulang ke sarang mereka.around pukul 9pm (waktu australia) barulah nampak mereka terkedek-kedek muncul dari lautan yang luas.

rasanya itu je la kot benda menarik aku nak cerita..

***************************************

sekarang aku nak bagi pendapat aku pulak.tentang perbezaan ketara antara malaysia dan Australia.
MENTALITI
mentaliti di negara kita masih berada di tahap ke-3.tapi australia dah berada di tahap pertama.

rakyat mereka sangat peramah dan suka membantu.
rakyat kita, jumpa mat salleh kat tepi2 jalan,bertempiaran lari.takut tak pandai cakap british.

rakyat mereka yang pakai kot semua naik kenderaan awam.
rakyat kita yang pakai kot semua naik kereta mewah.bangga dengan kereta itu.

di negara mereka, seatbelt memang dah jadi kebiasaan.
rakyat negara kita, bila terserempak polis trafik or road block baru sibuk nak pakai semua.

rakyat mereka buang sampah mengikut kelas-kelas sampah.(botol kaca, plastik,kertas).
negara kita, kalau baik,campak je kat mana2 tong sampah.jahat sikit, buang je kat tepi jalan.

rakyat mereka suka membaca.membaca di mana sahaja pada masa terluang.
rakyat kita, ada masa terluang lebih suka tidur.

rakyat mereka sentiasa bangga dengan ahli sukan mereka.atlet menjadi idola.
rakyat kita suka ambil artis sebagai idola.kalau nak sokong negara dalam arena sukan pun bila masuk final je.macam kes piala AFF SUZUKI 2010 baru2 ni.

negara mereka mengamalkan sistem adil antara pelanggan dan servis.kalau salah daripada pihak yang bagi servis,duit dipulangkan.
rakyat kita suka ambil untung je tanpa kualiti.kalau salah pun, buat2 tak salah.lebih suka naik turun mahkamah.

negara mereka subsidi diberikan untuk rakyat sedikit sahaja.cukai pula tinggi.tapi produk setiap tahun boleh dibanggakan.
negara kita, bagi macam2 subsidi.tapi, cukai malas nak bayar.produk pula naik turun.

rakyat mereka bangga dengan kerja2 construction.
rakyat kita pulak harap rakyat indon atau bangla je kerja2 macam tu.

renung2 kan lah.aku bukan kutuk negara tercinta.tapi, nak tengok kedudukan negara kita sendiri dalam mengejar gelaran yang setanding dengan negara lain.
mampukah kita mencapai negara maju pada tahun 2020 nanti dengan mentaliti yang ada sekarang??

********************************************




Sunday, December 26, 2010

jawab questionnaire paling susah dalam hidup aku..

sori sya baru nak jawab soalan yang ko bagi seminggu lalu tu..erm, sebenarnya malas nak fikir,.sebab fakta kot..nanti aku lebih2 puji diri sendiri, jadi menipu pulak kan..hahahaha  anyway, thanks for the tagging...i'll try my best to be honest..(^_^)

25 fakta pasal aku??

1) kulit gelap..tak tau macam mana nak memutihkan diri ini..

2) tall..kalau bebaris kena duk belakang sekali..

3) selalu cakap suka warna biru, tapi bila beli barang je pilih warna putih dan purple..

4) fanatik korea..especially super junior..tapi, cakap korea tau sepatah je..ANNEYONG..!! KAMSAHAMNIDA..!!

5) suka melancong walaupun duit tak ada..

6) kaki drama korea..sanggup tak tidur demi drama..

7) kalau aku marah kawan aku, aku tak akan layan sangat kalau dia sembang dengan aku.jadi pendiam seketika

8) kalau baca novel, tengok ending dulu..kalau ending tak best, malas dah nak baca

9) sangat sayang kawan2 seperjuangan di SMSL

10) suka kumpul gambar2 event yang aku join walaupun aku tak ada kamera

11) tak pandai bercinta..dah 2 kali break tanpa sebab yang kukuh

12) dari dulu sampai sekarang orang suka bagi aku jawatan bendahari..muka aku ada cop bendahari ke?

13) ego aku mengalahkan gunung Everest..

14) selalu nak yang perfect..tak suka kerja cincai2 ni..

15) tak suka mengikut arus teknologi.macam orang lain yang suka tukar2 handpone.dah hancur baru aku tukar

16) benci gila tengok perempuan menggedik dengan lelaki..padahal dah ada balak nak menggatal lagi

17) cara paling senang orang nak ingat aku ialah dengan perkataan basketball.

18) aku tak nak kahwin selagi family aku tak hidup dengan sempurna (macam yang aku inginkan)

19) rajin membaca bahan picisan. akademik bila perlu je

20) tak suka makan sayur selain sayur yang mak aku masak

21) fobia naik roller coaster.tak nak naik dah

22) boleh bercakap slank sabah dan semenanjung dengan hebat. aku bukan lupa daratan, tapi aku akan adapt bahasa aku dengan alam sekeliling.so, don't bother kalau aku kurau pun.

23) suka berimaginasi tapi tak pandai melukis

24) kalau aku takut, aku tak pernah menjerit or memekik.aku hilangkan takut dengan tutup mulut.

25) last but not least, pernah berimpian nak jadi perdana menteri. sengal gila time tu.macam senang je nak jadi PM tu kan.haha

ok..finish..ko kena bagi aku markah ni sya..pening kepala kot aku jawab soalan ini..hahahaha

sahabat2 yang disayangi, kalau boring2 tu, jawab la soalan cepumas ni..
- roy
- wan

****************************************************

Saturday, December 11, 2010

vacation ketika perasaan tak menentu

seperti yang aku jangka,, result organic chemistry aku sgt teruk.. d***.!!! kenapa la result keluar sebelum aku fly..see, benda ni telah mematahkan semangat aku nak pergi bercuti..(~_~)


erm,.sorry dengan kata-kata carutan tadi..kalau ikutkan hati aku, aku tak kisah je dengan result aku tu..sebab aku tau memang salah aku sebab tak study hard semester ni..aku fikir, aku masih ada lagi peluang untuk memperbaiki keadaan..( aku memang sentiasa berfikiran positif )..hehehe


tapi, yang aku risau ialah penerimaan my dad..dia mesti kecewa dengan aku..yeah, dia memang letak harapan kat aku..standard la anak sulung kan..then now, aku kecewa kan bapa aku dengan result yang haprak ni..stress aku fikir..huhu 


thanks to someone that special in my heart..bagi kata-kata semangat..i appreciate it..im very happy..( hati dah berkembang macam bunga ni )..


ok..dah la..malas nak cerita about the result,.bak kata kawan-kawan aku....


 "dengar je perkataan result dan pointer memang boleh buat aku koma"

sebelum aku koma, aku nak cerita pasal vacation aku yang akan menjelang nanti..( sesi meng"happy" kan diri ni )

melbourne, here i come....!!!!!!!!!!!

13/12 ni aku bakal fly ke melbourne...perasaan aku??? erm,..susah nak dijelaskan..aku rasa aku lebih prefer balik labuan dan cuti bersama my family dan kawan-kawan..yeah, im lucky because i have the opportunity to go there..but, its hard my friend..ingat nak pergi sana macam tu je,..NO..!!! you have to do a lot of things especially about the finance..kita orang kena cari duit tu sendiri..memang botak kepala fikir benda alah ni..

tapi, at last, my team dah buat semua preparation..just nak packing and be ready mentally and physically..harap-harap tercapai la objektif kami kat sana dan harap-harap ten days trip tu dapat menggembirakan aku..

ni contoh duit100 dan 10 australia dollar..baru je pergi tukar duit tadi..
anyhow, aku tak packing apa-apa lagi buat masa ni..sebab belum ada mood nak pergi bercuti..hehe

last but not least, kawan-kawanku sekalian, enjoy your holiday..love from me..(^_^)

*******************************************

Thursday, December 9, 2010

yamato nadeshiko shichi henge

apa la aku merepek kan pagi-pagi ni..jeng jeng jeng..!!!!!!!! kalau nak tau drama jepun kat bawah ni baru je aku habis tengok semalam..aku mmg bagi thumbs up la untuk cerita ni..kawan-kawan yang belum tengok tu, try la cari..it's worth to see it..banyak nilai dan pengajaran untuk kehidupan seharian kita..walaupun cerita ni agak fantasy, but that is the movie type i love the most...

ni la watak-watak utama cerita ni..not to bad right?? hehe (^_^)

ok la, sebenarnya aku tak nak cerita pasal drama ni..kalau nak tau, tengok sendiri..hehe  aku just nak ambil satu qoute yang aku sangat suka dalam cerita ni..

" the courage to confess your love to someone is a journey.."

yeah..it's true i guess..aku pun manusia biasa macam orang lain..so, of course aku pun pernah jatuh cinta or suka (i still can't differentiate between these two complicated things..haha) dekat seseorang..orang selalu cakap, kalau kau suka orang tu, bagitau je la dekat dia..

ya, memang cadangan yang bagus, tapi korang ingat perkara confess ni macam selesaikan soalan add math ke? bagi aku memang susah daripada menjawab soalan-soalan exam..dalam proses nak confess perasaan aku tu pun, aku dah lalui pelbagai ketakutan yang menyebabkan aku sakit perut la..sakit hati la..sakit kepala..dan macam-macam sakit la..

itu baru proses ke arah confess your love.. belum betul-betul confess lagi..time tu lagi teruk..tangan tiba-tiba rasa sejuk la..time tu jugak la nak pergi toilet buang air besar..see, benda-benda ni semua memang kitaran dalam hidup kita..

dan aku baru realize, sebenarnya itulah journey yang dimaksudkan dalam ayat kat atas tu..dalam proses nak confess tu, kita perlukan banyak preparation..bukan lepas suka orang tu, terus confess membabi buta..journey tu la sebenarnya masa untuk kita mengenali hati masing-masing..merasai pelbagai perasaan yang selama ni kita tak pernah alami..dan time ni juga la kita boleh bezakan in love with someone special atau sayang sebagai seorang kawan..

dalam nak melengkapkan journey tu,.kita kena masuk kan elemen courage sekali..tak semua orang boleh dapat keberanian tu dalam sekelip mata..ada sesetengah orang tu kena tunggu bertahun-tahun baru dapat keberanian..bagi aku, semua tu bergantung pada individu masing-masing..

tapi, bila perjalanan yang kita cipta dengan usaha yang gigih tu dah lengkap, why not kita terus confess kan?? jangan sampai korang menyesal tak confess everything if suddenly perkara yang tak diingini berlaku..yeah, that's the lesson that i learnt from this drama..


p/s: aku masih dalam tahap menyelusuri journey tu.. mungkin aku perlukan masa lagi untuk mengumpulkan keberanian tu dalam diri aku..*sigh* (~_~)

Tuesday, December 7, 2010

sekitar program komuniti sabah sarawak di Johor

entry kali ni aku penuhi dengan gambar yang berwarna-warni..semua memori ni telah di candid pada oktober lepas..aku tak ingat tarikh, tapi it's around end of the month..program ni melibatkan komuniti sabah dan sarawak yang berada di johor..dan of course la kami student sabah sarawak semangat nak pergi..hehehe tapi, ada juga kawan-kawan semenanjung aku yang nak join..sebab program ni macam menarik je...(^_^)


here we are....

muka yang berseri-seri ketika tiba di dewan majlis perbandaran pasir gudang..(^_^)

ada demo masakan sabah & sarawak lagi..paling famous kat sini mestilah kek lapis sarawak..tapi, tak sempat nak ambik gambar..sesak dengan orang..mak cik kat atas tu tengah masak sambal untuk pulut kuning..


pameran capal..menarik kot..sebab ada model capal  yang besar..hahaha


pasu-pasu yang colourful...sedap je mata memandang...


pameran alat-alat muzik tradisional pun ada..


persembahan pertama..aku tak ingat tarian apa..tapi, macam 1 malaysia je..sebab pakaian pun lain-lain..


pasukan tarian dari sarawak..comel-comel kan..


sempat mengabadikan gambar bersama gadis-gadis sarawak..muka aku hodoh gila..muka terkejut pulak tu..huhu


geng-geng dari UTM..memang kecoh habis..haha


budak-budak penyambut tetamu..dari rendah ke tinggi..hahahaha


sempat bergambar dengan makcik-makcik yang berpakaian tradisonal bugis dan jawa..


bergambar dengan awek cantik yang mempersembahkan tarian dari kaum suluk..


kenangan bersama haziq AF..dia buat persembahan jugak time program tu..


maulana pun ada..tapi, dia tak menyanyi pun..teman haziq je kot..bagi semangat..tengok muka kita orang..muka excited jumpa artis la kata kan..hahaha


bergambar dengan AJK pelaksana program ni kot..kami pun tak tau siapa mereka-mereka ni..tapi, dengan semangat bergambar yang berkobar-kobar, kami main tibai je..masuk jugak la asalkan kena cahaya flash kamera..artis gitu..hahaha

Monday, December 6, 2010

ketibaan muharram

tanpa disedari..tahun 1432 Hijrah telah tiba..tahun baru dalam islam..alhamdulillah...

erm, kalau dulu-dulu masa kecik, orang cakap pasal muharram je, mesti ingat lagu 1 muharram yang popular tu..lagu tu dah lama..tapi, sampai sekarang lagu tu memang menjadi lagu utama yang berkumandang pada saat Muharram menjelang...

sekarang, bila dah dewasa,.dah tau sejarah di sebalik kehadiran Muharram dalam sejarah Islam..tak perlu la rasanya untuk aku bercerita pasal sejarah tu kan..pastinya ramai yang dah tau dengan lebih jelas lagi kan..hehehe

bagaimana dengan pencapaian kita pada tahun lepas? apa yang berjaya kita lakukan? apa yang belum dicapai? muhasabah kan lah diri anda seketika....

perbaiki semua kelemahan pada tahun lepas...kekalkan atau tingkatkan perkara kebaikan..moga-moga kita terus menjadi insan yang berguna..

salam maal hijrah dari saya...



Sunday, December 5, 2010

kursus pengurusan

salam semua..setelah beberapa hari aku outstation , hari ni baru ada kesempatan untuk update blog balik..hehe

hari ni aku nak cerita aktiviti-aktiviti aku time aku join kursus pengurusan kelab/persatuan/jkm UTM 2011 di puteri resort, ayer keroh, melaka..




kursus ni banyak beri pendedahan  tentang prosedur, peraturan, strategi dan pelbagai elemen penting untuk menjalankan program yang berkualiti yang sekaligus dapat menaikkan  nama UTM di peringkat global..

selain itu, kursus yang dikendalikan oleh HEMA (hal ehwal mahasiswa dan alumni) ni telah menjemput 3 orang penting dalam organisasi iaitu, presiden, setiausaha dan bendahari..bengkel-bengkel kepimpinan, bidang kesetiausahaan dan pengurusan kewangan antara input yang disediakan..memang menarik..benda ni telah meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman aku dalam menjadikan sesebuah organisasi itu betul-betul hidup...


Dato' TNC - Dato' Dr Mohd Tajudin bin Haji Ninggal


malam perasmian pada 2 disember tu, Dato' TNC telah bagi banyak dan perspektif baru untuk mahasiswa melibatkan diri dalam mereliasasikan pelan transformasi pembangunan mahasiswa.. untuk menjayakan program ini, persatuan dan kelab mahasiswa memainkan peranan yang sangat penting..so, dalam kem ini banyak memberi info-info terkini mengenai apa sebenarnya yang pihak universiti inginkan daripada  mahasiswa UTM..






penceramah yang dijemput khas untuk kem ni pun memang hebat iaitu profesor Emeritus syed mohd famy yang telah banyak berjasa kepada UTM..beliau amat tegas tetapi sedikit sebanyak telah memberi banyak kesedaran kepada mahasiswa terutamanya dalam komponen leadership..


lepas tu, program ini telah mendekatkan lagi pemimpin-pemimpin mahasiswa dengan pihak HEMA..memang kali ni, aku makin mengenali orang-orang HEMA yang penting.. kalau tak kenal pihak HEMA memang susah nak buat program..

dan yang paling penting, aku dapat mengenali kawan-kawan baru daripada persatuan dan kelab yang lain..boleh tukar-tukar pendapat..sambil-sambil tu boleh lah mengintai peluang untuk bekerjasama menjayakan program di masa akan datang kan..hehe

memang banyak input yang aku dapat..tapi, kalau nak tulis satu-satu memang tak cukup tangan..hehe
so, jenguk-jenguk lah gambar di bawah ni..


bangunan tempat kami menginap di puteri resort..boleh tahan la..makanan yang disediakan pun memang power...(^_^)

ayie- ayu- aku - am (GESS student)




depan bilik aku..hehe ;p


roomate time kursus


riadah time..time ni budak laki main bola dalam air dengan student UPM kat bahagian sebelah..UTM menang 3-2..lepas menang je, terus nyanyi lagu UTM..memang semangat..


hahaha..ayie salah seorang yang kena denda sebab datang lewat time seminar..dorang ni kena suruh nyanyi lagu UTM 2 kali...


time boring-boring tunggu bas datang ambik..time ni dah nak balik..


sahabat-sahabat dari satu fakulti..( aku- zuhdi- ayie- ayu- afiq)


sekian~~

Wednesday, December 1, 2010

schedule bulan disember

1/12 --> seminar bersama HEMA ( jabatan hal ehwal mahasiswa)- hadir sebagai setiausaha gas engineering student society (GESS)

2-4/12---> camp bersama HEMA di ayer keroh, melaka..juga sbgai S/U GESS

5-7/12---> cuti kejap kot + gerak kerja program biodesel ventiene, Laos 2011

8-12/12---> gerak kerja showcase ke melbourne

13-23/12---> berada di Australia..(erm, mcm x excited je nk pg..)

24-26/12---> yeah..cuti..!!!!! (^_^)

27-29/12---> kem pembentukan jawatankuasa kolej mahasiswa (JKM) kolej aku (kolej tun Dr ismail)

30-31/12--> tak confirm lagi ade program atau tak..harap la cuti..

1-2/ januari 2011 --> ready for the new semester..dengan kerja yang berlambak2...

3/1 2011--> semester baru bermula..

kalau dihitung2, cuti aku memang sikit..dan now aku sangat rindukan rumah..mesti sedih tinggal kat utm ni nanti..kawan-kawan jangan lupakan aku di sini..huhuhu