Sunday, December 5, 2010

kursus pengurusan

salam semua..setelah beberapa hari aku outstation , hari ni baru ada kesempatan untuk update blog balik..hehe

hari ni aku nak cerita aktiviti-aktiviti aku time aku join kursus pengurusan kelab/persatuan/jkm UTM 2011 di puteri resort, ayer keroh, melaka..




kursus ni banyak beri pendedahan  tentang prosedur, peraturan, strategi dan pelbagai elemen penting untuk menjalankan program yang berkualiti yang sekaligus dapat menaikkan  nama UTM di peringkat global..

selain itu, kursus yang dikendalikan oleh HEMA (hal ehwal mahasiswa dan alumni) ni telah menjemput 3 orang penting dalam organisasi iaitu, presiden, setiausaha dan bendahari..bengkel-bengkel kepimpinan, bidang kesetiausahaan dan pengurusan kewangan antara input yang disediakan..memang menarik..benda ni telah meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman aku dalam menjadikan sesebuah organisasi itu betul-betul hidup...


Dato' TNC - Dato' Dr Mohd Tajudin bin Haji Ninggal


malam perasmian pada 2 disember tu, Dato' TNC telah bagi banyak dan perspektif baru untuk mahasiswa melibatkan diri dalam mereliasasikan pelan transformasi pembangunan mahasiswa.. untuk menjayakan program ini, persatuan dan kelab mahasiswa memainkan peranan yang sangat penting..so, dalam kem ini banyak memberi info-info terkini mengenai apa sebenarnya yang pihak universiti inginkan daripada  mahasiswa UTM..






penceramah yang dijemput khas untuk kem ni pun memang hebat iaitu profesor Emeritus syed mohd famy yang telah banyak berjasa kepada UTM..beliau amat tegas tetapi sedikit sebanyak telah memberi banyak kesedaran kepada mahasiswa terutamanya dalam komponen leadership..


lepas tu, program ini telah mendekatkan lagi pemimpin-pemimpin mahasiswa dengan pihak HEMA..memang kali ni, aku makin mengenali orang-orang HEMA yang penting.. kalau tak kenal pihak HEMA memang susah nak buat program..

dan yang paling penting, aku dapat mengenali kawan-kawan baru daripada persatuan dan kelab yang lain..boleh tukar-tukar pendapat..sambil-sambil tu boleh lah mengintai peluang untuk bekerjasama menjayakan program di masa akan datang kan..hehe

memang banyak input yang aku dapat..tapi, kalau nak tulis satu-satu memang tak cukup tangan..hehe
so, jenguk-jenguk lah gambar di bawah ni..


bangunan tempat kami menginap di puteri resort..boleh tahan la..makanan yang disediakan pun memang power...(^_^)

ayie- ayu- aku - am (GESS student)




depan bilik aku..hehe ;p


roomate time kursus


riadah time..time ni budak laki main bola dalam air dengan student UPM kat bahagian sebelah..UTM menang 3-2..lepas menang je, terus nyanyi lagu UTM..memang semangat..


hahaha..ayie salah seorang yang kena denda sebab datang lewat time seminar..dorang ni kena suruh nyanyi lagu UTM 2 kali...


time boring-boring tunggu bas datang ambik..time ni dah nak balik..


sahabat-sahabat dari satu fakulti..( aku- zuhdi- ayie- ayu- afiq)


sekian~~

No comments: