Sunday, December 26, 2010

jawab questionnaire paling susah dalam hidup aku..

sori sya baru nak jawab soalan yang ko bagi seminggu lalu tu..erm, sebenarnya malas nak fikir,.sebab fakta kot..nanti aku lebih2 puji diri sendiri, jadi menipu pulak kan..hahahaha  anyway, thanks for the tagging...i'll try my best to be honest..(^_^)

25 fakta pasal aku??

1) kulit gelap..tak tau macam mana nak memutihkan diri ini..

2) tall..kalau bebaris kena duk belakang sekali..

3) selalu cakap suka warna biru, tapi bila beli barang je pilih warna putih dan purple..

4) fanatik korea..especially super junior..tapi, cakap korea tau sepatah je..ANNEYONG..!! KAMSAHAMNIDA..!!

5) suka melancong walaupun duit tak ada..

6) kaki drama korea..sanggup tak tidur demi drama..

7) kalau aku marah kawan aku, aku tak akan layan sangat kalau dia sembang dengan aku.jadi pendiam seketika

8) kalau baca novel, tengok ending dulu..kalau ending tak best, malas dah nak baca

9) sangat sayang kawan2 seperjuangan di SMSL

10) suka kumpul gambar2 event yang aku join walaupun aku tak ada kamera

11) tak pandai bercinta..dah 2 kali break tanpa sebab yang kukuh

12) dari dulu sampai sekarang orang suka bagi aku jawatan bendahari..muka aku ada cop bendahari ke?

13) ego aku mengalahkan gunung Everest..

14) selalu nak yang perfect..tak suka kerja cincai2 ni..

15) tak suka mengikut arus teknologi.macam orang lain yang suka tukar2 handpone.dah hancur baru aku tukar

16) benci gila tengok perempuan menggedik dengan lelaki..padahal dah ada balak nak menggatal lagi

17) cara paling senang orang nak ingat aku ialah dengan perkataan basketball.

18) aku tak nak kahwin selagi family aku tak hidup dengan sempurna (macam yang aku inginkan)

19) rajin membaca bahan picisan. akademik bila perlu je

20) tak suka makan sayur selain sayur yang mak aku masak

21) fobia naik roller coaster.tak nak naik dah

22) boleh bercakap slank sabah dan semenanjung dengan hebat. aku bukan lupa daratan, tapi aku akan adapt bahasa aku dengan alam sekeliling.so, don't bother kalau aku kurau pun.

23) suka berimaginasi tapi tak pandai melukis

24) kalau aku takut, aku tak pernah menjerit or memekik.aku hilangkan takut dengan tutup mulut.

25) last but not least, pernah berimpian nak jadi perdana menteri. sengal gila time tu.macam senang je nak jadi PM tu kan.haha

ok..finish..ko kena bagi aku markah ni sya..pening kepala kot aku jawab soalan ini..hahahaha

sahabat2 yang disayangi, kalau boring2 tu, jawab la soalan cepumas ni..
- roy
- wan

****************************************************

4 comments:

Naisya...... said...

sayang smsl jgk...eh2,,sayang ko jugak..hehe...

teruskan perjuangan dalam bercinta...buang ego yam..!:p

blh la cakap smenanjung dgn aku ea...hehe..

tq yam...=)

Hajimu San said...

selamat xde aku....pening nak jawab tu~=p

boho (ボホ) said...

...errr, no8?? cik mariam nie pelikk, ahahhaa :P

ChENta ShAzAna said...

MNE SOKLA YG NK DIJAWAB????