bismillah. sedar tak sedar dah setahun aku menyelusuri alam blog ni. banyak benda baru aku belajar.terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jadi follower ke atas blog yang tak seberapa ni. hehe
****************************************
korean fever? OMG !! kawan-kawan sekeliling aku mesti perasan kan penyakit aku ni. aku pun tak tau lagi macam mana nak cure demam ni. buka-buka laptop je, log in facebook and twitter. lepas tu baca berita harian kpop, tengok video baru kpop, download variety show kpop yang baru. dekat twitter pulak, translate semua tweet artis-artis kpop. kalau rajin, reply tweet hallyu star tu *walaupun tau hakikat yang tweet aku tak akan dipandang pun* . =_=''
tula susahnya bila dah terjebak ni. kalau tak tengok sehari, macam nak demam je. nak buat tu tak larat. nak buat ni tak ada mood. memang dahsyat penangan dunia artis korea dalam diri aku ni. nak menyesal sekarang pun tak guna. mengharapkan kesedaran diri je la sekarang ni. harap-harap bila dah kerja nanti, tak ada lah melekat lagi korean maniac aku ni.
bermula dengan seorang sahabat yang mengenalkan super junior, aku mula terjebak. lepas tu, tengok semua drama korea. aku rasa drama negara dorang ni memang lain dari yang lain. unik dan orang sentiasa ketagih nak tengok. then, terjebak pula dengan reality show we got married. uish, makin hebat. kalau boleh semua cerita pasal artis korea aku nak tau. hahaha
kesian kat negara aku yang tercinta ni. aku tak peduli langsung pun cerita-cerita semasa yang berlaku sekarang. tula, siapa suruh selalu letak cerita politik yang dah makin "kotor" tu. mana la aku nak minat. kalau tajuk depan dah pasal perang politik, lagi la aku tak nak baca newspaper tu.dalam tak tau lagi. pasal buang bayi la. bunuh family la. uish, aku pun tak sanggup baca benda-benda tu wey.
ok..ok..tak nak cakap pasal hal-hal yang tak berapa menggembirakan tu. baik aku baca berita allkpop. hahaha ^^ *kejam tak aku?* haha
my top favourite and cutie korean singer, IU.!!
p/s: tengah cari penyelesaian macam mana nak kurangkan korean fever.. T_T
No comments:
Post a Comment