Monday, October 29, 2012

kisah nenek dan mentaliti

Salam dan bertemu kembali...=)

Di sebuah rumah seorang nenek sedang bersembang dengan cucunya...


Nenek : Cu, kau kerja di mana sekarang?
Cucu   :  Di Petronas nek.
Nenek : Oh ! Kerja pam minyak la ni kan di stesen.
Cucu   :  (tergamam seketika dan speechless)
Nenek :  Nda pa la cu. Pam minyak pun ok jugak. Janji rezeki halal.
Cucu   :  Iya lah nek. (nada pasrah)

******************************

Cerita yang aku buat tu berdasarkan kisah benar ok! hanya 5% je yang aku ubah. hahaha =D

Credit to Ezra, my ex-colleague masa intern dulu sebab bagi aku dengar cerita yang aku rasa still ada unsur-unsur humor ni. Erm, cerita nampak macam simple je kan? tapi mendalam maksudnya. Cehh!! hehe

Actually, cucu tu kerja kat Petronas Carigali as one of the Human Resource (HR) management. Dia speechless tu sebab dia tak sangka masih ada orang fikir Petronas tu hanya lah sebuah stesen minyak kat Malaysia ni. lucu la nenek ni..hihihi

Tapi, cucu ni pun salah jugak sebab dia tak terangkan tempat kerjanya tu dengan lebih detail. Jangan assume semua orang tau apa yang kita tau. Ni pun dah kira one of the barrier in communication skill ok. (Ehem! ni la hasil daripada syllabus dalam subjek effective communication. hehe ^___^)

Cerita hari ni hanyalah selingan di waktu lapang aku dan hiburan untuk semua. Lapang la sangat kan!!

Sekian. =)

Friday, October 19, 2012

My Internship

Bismillah.

Setelah hampir 2 bulan berlalu baru tergerak hati nak share cerita time buat latihan industri hari tu. Alhamdulillah impian aku tercapai. Nak dapat tempat intern yang baik. :) Tengok entri lepas pasal impian aku untuk tahun 2012 !

NERVOUS the only word yang boleh describe perasaan aku bila tibanya 18 Jun 2012 tu. Al-maklumlah first time masuk ke alam pekerjaan. Tapi, semuanya berjalan lancar bila jumpa kawan-kawan baru yang mesra. Aku nak share satu fakta : Sabahan people memang sangat peramah ok! Walaupun first time jumpa, dah macam berkawan bertahun-tahun pulak. That's why aku boleh survive on the first day tu. hehehe

Erm, sebenarnya gaya penulisan aku macam dah tumpul sikit bila dah 5 bulan tinggalkan dunia blog ni..;D So, terima lah bingkisan yang tak seberapa ni.

Kat mana aku intern? Bila? Macam mana? bla..bla..bla..



Bersyukur dan rasa bertuah bila menjadi salah seorang trainee di Petronas Carigali Sdn Bhd, Sabah Operation (SBO). 3 bulan tempoh latihan industri tu sekejap je sebenarnya. pejam celik pejam celik dah habis. Sedih kot hari terakhir intern tu (7Sept). T_T

Aku sedih sebab..banyak sangat momen indah dengan rakan-rakan trainee dan staf-staf SBO. Bukan senang nak adapt kat tempat baru kan? tapi, aku boleh buat sebab aku jumpa banyak nice person. friendly. tak kedekut ilmu. tak kira pangkat dan layan trainee setaraf staf SBO. terharu ok!

Tu belum cerita pasal budak-budak intern yang happening dan sporting lagi. Time aku masuk tu ada 20 orang intern termasuk aku. Semua satu kepala. Gila-gila! Suka hang-out. Suka karok. Aku yang jarang nak karok ni pun excited sebab terpengaruh dengan dorang.HAHA 

Yang paling best, dorang ni mostly sangat aktif dan kaki join program. Lagi aku suka! Tengok wayang, bowling, konvoi raya, celebrate birthday, makan-makan and last but not least snorkeling kat Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Tu antara aktiviti sosial yang kami plan dan sangat success!! hehe

Ok next, masuk part ilmiah sikit. Dah nama company pun Carigali kan, mesti la aku involve dengan benda-benda yang berkaitan dengan offshore dan primary production from oil and gas industry kan. Memang lain sikit dengan apa yang aku belajar kat kuliah. Kuliah aku belajar pasal gas and chemical processing kat onshore je. Time intern ni, aku belajar about drilling, forecasting, offshore process and facilities dan macam-macam lah.  Dan paling best jugak, aku attach dengan department yang handle new projects. So, kat situ dah ada advantages. hehe




Walaupun training aku office base, tapi tak adalah goyang kaki sangat. Banyak kerja dan aku memang rasa sangat stress. *padahal intern je..hahaha* . Apa pun, pengalaman tu kan sangat berharga, so simpanlah pengalaman tu sebagai khazanah kita. Aku sangat seronok dengar pengalaman kawan-kawan aku sepanjang intern. Seronok sebab tak lama lagi, kami akan melangkah ke fasa hidup yang seterusnya. CAREER WORLD! 

Next target/impian lepas ni, dapat kerja yang baik dan yang di-idam2-kan pulak.. =D

Adios.