Friday, February 15, 2013

Vacation in Malaysia (Perlis)



Salam and good day everybody! 

Another great and amazing stories i guess. Hehehe (walaupun agak terlambat nak share)

Yeah, aku dah menjalankan misi jelajah Malaysia. Lepas dapat tawaran masuk UTM hari tu, memang ada impian nak jejak negeri-negeri di semenanjung ni. Before this aku dah pernah pijak bumi Johor of course, Negeri Sembilan about 3 times and Melaka dalam 2 kali. Dan latest penjelajahan aku, aku bagi tajuk "5 days for 5 lands". Maksudnya dah terang dan nyata bila dalam 5 hari aku berjaya tawan 5 negeri. hehe :)


First2 tu rasa macam impossible. Tapi, pengalaman2 pergi oversea sebelum ni mematangkan fikiran dan perancangan bercuti ni to become possible. So here we go!!



Dengar Perlis je, first thing that came from my mind is "negeri terkecil kat Malaysia". Actually aku pun tak sure sekecil mana Perlis ni until I reach there. Tapi, memandangkan aku sehari je kat Perlis, tak sempat nak analisis sepenuhnya. Anyway, aku rasa Perlis lagi besar dari Labuan. hehe 


11 Nov 2012


Tempat wajib pergi kat Perlis : Padang Besar. Dah dekat dengan Thailand tempat ni. 



Ni Padang Besar yang indoor. Sangat banyak kedai. Kalau kaki shopping, sehari pun tak cukup kot nak jelajah semua kedai kat sini. haha But seriously, memang banyak barang murah. :)



Lepas penat jalan-jalan kat Padang Besar, perut minta diisi. Try laksa lemak sebab tak pernah makan pun sebelum ni. Tapi rasa kuah dia macam kuah ikan masak lemak yang biasa kita makan tu. hehe 



Time kat Perlis tu, cuaca tak berapa elok. Hujan lebat sangat bila petang so, tak dapat jejak kan kaki kat bandar Kangar dan Arau. Just duduk dalam kereta dan menikmati pemandangan alam sekeliling. 


Tips  Interesting fact about Perlis: 

1) Walaupun Perlis sebuah negeri yang kecil, institusi pendidikan dia still lengkap. Sekolah rendah, sekolah menengah, kolej matrikulasi dan universiti (UiTM dan UNIMAP). Impress sekejap. Padahal labuan pun sama jugak. hehe


2) UNIMAP punya bangunan ada kat mana2 seluruh Perlis tu. First2 dulu aku tak percaya cerita kawan aku dulu pasal benda ni. Dah tengok baru rasa takjub. 


3) Rupanya Perlis pun ada istana. Aku je yang baru tau. haha



********************************

Special Thanks kat Malun @ Kawan Akmal Zaidi sebab bawa jalan-jalan kat negeri indera kayangan ni.


Finish for Perlis part! Lepas ni jenguk2 lah next entry. An interesting story about Kedah Darul Aman pulak. =)



Monday, October 29, 2012

kisah nenek dan mentaliti

Salam dan bertemu kembali...=)

Di sebuah rumah seorang nenek sedang bersembang dengan cucunya...


Nenek : Cu, kau kerja di mana sekarang?
Cucu   :  Di Petronas nek.
Nenek : Oh ! Kerja pam minyak la ni kan di stesen.
Cucu   :  (tergamam seketika dan speechless)
Nenek :  Nda pa la cu. Pam minyak pun ok jugak. Janji rezeki halal.
Cucu   :  Iya lah nek. (nada pasrah)

******************************

Cerita yang aku buat tu berdasarkan kisah benar ok! hanya 5% je yang aku ubah. hahaha =D

Credit to Ezra, my ex-colleague masa intern dulu sebab bagi aku dengar cerita yang aku rasa still ada unsur-unsur humor ni. Erm, cerita nampak macam simple je kan? tapi mendalam maksudnya. Cehh!! hehe

Actually, cucu tu kerja kat Petronas Carigali as one of the Human Resource (HR) management. Dia speechless tu sebab dia tak sangka masih ada orang fikir Petronas tu hanya lah sebuah stesen minyak kat Malaysia ni. lucu la nenek ni..hihihi

Tapi, cucu ni pun salah jugak sebab dia tak terangkan tempat kerjanya tu dengan lebih detail. Jangan assume semua orang tau apa yang kita tau. Ni pun dah kira one of the barrier in communication skill ok. (Ehem! ni la hasil daripada syllabus dalam subjek effective communication. hehe ^___^)

Cerita hari ni hanyalah selingan di waktu lapang aku dan hiburan untuk semua. Lapang la sangat kan!!

Sekian. =)

Friday, October 19, 2012

My Internship

Bismillah.

Setelah hampir 2 bulan berlalu baru tergerak hati nak share cerita time buat latihan industri hari tu. Alhamdulillah impian aku tercapai. Nak dapat tempat intern yang baik. :) Tengok entri lepas pasal impian aku untuk tahun 2012 !

NERVOUS the only word yang boleh describe perasaan aku bila tibanya 18 Jun 2012 tu. Al-maklumlah first time masuk ke alam pekerjaan. Tapi, semuanya berjalan lancar bila jumpa kawan-kawan baru yang mesra. Aku nak share satu fakta : Sabahan people memang sangat peramah ok! Walaupun first time jumpa, dah macam berkawan bertahun-tahun pulak. That's why aku boleh survive on the first day tu. hehehe

Erm, sebenarnya gaya penulisan aku macam dah tumpul sikit bila dah 5 bulan tinggalkan dunia blog ni..;D So, terima lah bingkisan yang tak seberapa ni.

Kat mana aku intern? Bila? Macam mana? bla..bla..bla..



Bersyukur dan rasa bertuah bila menjadi salah seorang trainee di Petronas Carigali Sdn Bhd, Sabah Operation (SBO). 3 bulan tempoh latihan industri tu sekejap je sebenarnya. pejam celik pejam celik dah habis. Sedih kot hari terakhir intern tu (7Sept). T_T

Aku sedih sebab..banyak sangat momen indah dengan rakan-rakan trainee dan staf-staf SBO. Bukan senang nak adapt kat tempat baru kan? tapi, aku boleh buat sebab aku jumpa banyak nice person. friendly. tak kedekut ilmu. tak kira pangkat dan layan trainee setaraf staf SBO. terharu ok!

Tu belum cerita pasal budak-budak intern yang happening dan sporting lagi. Time aku masuk tu ada 20 orang intern termasuk aku. Semua satu kepala. Gila-gila! Suka hang-out. Suka karok. Aku yang jarang nak karok ni pun excited sebab terpengaruh dengan dorang.HAHA 

Yang paling best, dorang ni mostly sangat aktif dan kaki join program. Lagi aku suka! Tengok wayang, bowling, konvoi raya, celebrate birthday, makan-makan and last but not least snorkeling kat Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Tu antara aktiviti sosial yang kami plan dan sangat success!! hehe

Ok next, masuk part ilmiah sikit. Dah nama company pun Carigali kan, mesti la aku involve dengan benda-benda yang berkaitan dengan offshore dan primary production from oil and gas industry kan. Memang lain sikit dengan apa yang aku belajar kat kuliah. Kuliah aku belajar pasal gas and chemical processing kat onshore je. Time intern ni, aku belajar about drilling, forecasting, offshore process and facilities dan macam-macam lah.  Dan paling best jugak, aku attach dengan department yang handle new projects. So, kat situ dah ada advantages. hehe




Walaupun training aku office base, tapi tak adalah goyang kaki sangat. Banyak kerja dan aku memang rasa sangat stress. *padahal intern je..hahaha* . Apa pun, pengalaman tu kan sangat berharga, so simpanlah pengalaman tu sebagai khazanah kita. Aku sangat seronok dengar pengalaman kawan-kawan aku sepanjang intern. Seronok sebab tak lama lagi, kami akan melangkah ke fasa hidup yang seterusnya. CAREER WORLD! 

Next target/impian lepas ni, dapat kerja yang baik dan yang di-idam2-kan pulak.. =D

Adios.




Tuesday, May 1, 2012

kehilangan T____T

Salam..

Perasaan sedih tak terkata bila HANDPHONE yang baru beberapa bulan bersama telah hilang dari pandangan mata. Rupanya, inilah perasaan orang hilang phone. First time dapat merasanya.

Sangat miserable. Walaupun harganya tak sampai RM100, tapi tetap ada sentimental value kan. huhu

Erm, memang kena beli handphone baru la gamaknya. Sebelum ni memang bercadang nak beli phone baru pun. Tapi, tak sangka sebelum beli, phone lama pulak menghilang. 

Orang kata, "jangan cakap depan2  kat phone lama bila kita berniat nak beli phone baru. nanti dia merajuk dan hilangkan diri"

 Betul ke? Wallahuallam. Aku dah pasrah sekarang ni. Let's make the life simple. :)


Wednesday, March 21, 2012

the awesomeness for being 22 years old !!

Salam..meet again. :)

Sudah 2 dekad aku menyusuri bumi ini. Besar nikmat yang diberikan oleh-Nya. Once again, Im getting older..haha 

Special thanks to mum and dad for taking care of me for this whole life. Thanks to all my sincere friends yang wish dan doakan yang terbaik. I'm very lucky and grateful to have you all. :)

Yeah..i got another big suprise this year. Walaupun dah expect my lovely friends ni mesti akan celebrate, tapi it's still awesome sebab dorang bawa special and big present. malu ok? haha *blushed*


 source gambar : syazwan ruslan

Thank you. Thank you and Thank you. Big heart from me..<3<3<3

Next,present from my bestie. Lovely present from a lovable friend. Thank you. I like that book that so called "kitab terfaktab".  Unik dan menarik. ;)


My special wish for this year : " I hope I'll never lose my great friends and of course I want a better and happening life" :)

Adios..

Thursday, March 15, 2012

6th semester

Bismillah..

Pejam celik-pejam celik, almost 3 years dah study kat UTM. tinggal setahun lagi pengajian nak habis. InsyaAllah. :)  Sepanjang masa ni banyak dah yang berubah in my life. Sahabat silih berganti datang dan pergi. Masalah pun sentiasa mewarnai kehidupan. Kenangan manis apatah lagi. Alhamdulillah dengan segala nikmat-Nya.

Erm, 2 bulan tak update blog. So, entry kali ni just nak mengimbau kembali what i'm doing this past 2 month. :)

24januari

First time naik bas from Jb to KL.naik bas KKL. cuak plus fobia kot sebab selalu dengar pasal accident bas kt semenanjung ni. Tengah malam pulak tu. Nasib baik ada my classmate yang temankan. kurang sikit tahap ke"nervous"an tu. :D terima kasih juga kat kawan2 lain yang sudi memberi semangat dan pertolongan time tu. really appreciate it.

Then, first time jugak sampai Terminal Bas Selatan (TBS) kat KL tu. pergh!! memang canggih. macam airport pulak. kagum seketika. And luckily, first time jugak dapat naik KL transit ke KLIA. kagum lagi. haha Untung kan jadi rakyat Malaysia? semua ada. 

Alhamdulillah, selamat tiba di Labuan pkul 9 malam on 24th January. Hujan lebat menyambut kepulanganku. haha :P

25 Januari - 17 Februari

Sepanjang cuti, banyak habiskan masa di rumah. Baca novel dan tolong mak sikit-sikit. hehe Oh ya, aku berjaya menghabiskan 20 buah novel time cuti tu. sampai satu tahap tu, aku terasa seperti berada di alam novel tu sendiri. haha


Unfortunately, tak sempat jumpa dengan geng2 SM-Excel. semua pun sibuk dengan hal masing2.

20 Februari

Semester baru bermula. Time flying so fast kan? Belajar untuk 4 bulan lagi, dan akan masuk ke final year. can't wait. tak sabar nak memasuki alam kerjaya. haha :)

Erm, sem ni ada bawa subjek ke depan, supaya next sem ada peluang nak baiki gred.and about my result, Alhamdulillah. berpuas hati dengan usaha selama ni. Tapi, ada satu cerita lucu yang buat aku gelak guling2. Tak sangka pulak ada orang "care" sangat dengan result aku. Siap pergi tanya orang lain lagi. Orang tu cakap:

 " Mariam mesti dapat Dean List kan? aku tengok dia confident je."

Pergh!! terharu aku sebab ada orang yang selalu perhatikan aku.Terima kasih ye. Kalau nak tau sangat my result, just came and see me in my room. ok? hahaha ;)

Sekian untuk hari ini. Berusaha untuk merajinkan diri meng"update" blog after this..;)
Salam..........