Thursday, January 13, 2011

story of the day

bertemu kembali kita di alam maya..hehehe

hari ni aku ada 2 cerita. first, semalam aku terlibat dengan watikah pelantikan Jawatankuasa kolej mahasiswa(JKM) kolej aku. memandangkan aku salah seorang exco, so, aku pun kena naik pentas. time pengacara tu panggil nama aku, dia sebutlah sekali tempat asal aku. korang tau, dia cakap aku berasal dari LABUAN, SELANGOR.

terkejut beruk aku. rupanya ada lagi orang tak tau pasal labuan ni. padahal dia tu student U kot. master pulak tu. kalau lah rakyat labuan tau pasal benda ni mesti sedih gila kan. termasuk la aku. huhu 
aku tau la dalam buku geografi tak ada cakap pasal labuan ni. tapi agak-agak la bro. pernah dengar ke nama labuan kat selangor? 

gambar ni bukan aku yang edit. gambar ni memang khas dibuat untuk JKM baru.
ni yang buat aku rasa macam nak report kat Perdana Menteri pasal kejahilan rakyat malaysia tentang negeri-negeri yang ada kat malaysia ni. macam mana la nak capai misi 1 Malaysia tu kalau benda-benda simple macam ni pun tak tau. tu pun belum masuk kebudayaan yang pelbagai lagi kat sabah tu. confirm fail kalau ada exam.

renung-renungkan lah wahai sahabatku. aku bukan kutuk-kutuk atau memandang rendah kat orang yang salah cakap tu. tapi, kadang-kadang benda yang kita cakap tanpa ilmu di dada ni boleh memalukan diri sendiri. kalau tak tau, tanya. bak kata pepatah " malu bertanya sesat jalan".

*************************************

cita ke-2 untuk hari ni. aku dah beli external hardisk..!!! beli pagi tadi di PC fair UTM. boleh tahan la. aku beli yang 500GB brand buffalo. warna biru. aku nak warna putih tapi habis. wuaaa.. beli jak la. takut lepas ni tak ada peluang untuk beli semurah itu.hehehe  memandangkan aku ni peminat drama korea, memang aku patut ada benda ni. aku beli cooler sekali. yang besar. harga tak sampai rm20 pun. kali ni punya PC fair memang mantap. aku tengok semua orang yang masuk situ, kalau keluar tak ada yang tangan kosong. memang shopping habis.




sekian untuk hari ni. assalamualaikum. senyum-senyum selalu you alls. (^_^)

No comments: