Monday, February 28, 2011

the end of february

masa memang pantas berlalu. sampai tak sempat-sempat aku penuhi ruang blog aku ni..hehe

memandangkan februari dah nak berlalu, so semangat tu tiba-tiba datang untuk mencoret sesuatu di alam maya ni. bukan apa..!! aku takut semua memori terindah aku pada bulan ni hilang macam tu je. (ceh, macam ayat poyo je )

al-kisah bermula........

1) Trip to port dickson (20 Februari)

penat!!! kata-kata yang sesuai untuk aku sebab jadi antara orang paling sibuk hari tu. ketua ajk makanan. serious, lepas ni aku tak nak dah jadi orang-orang yang urus makanan ni. nak tau sebab apa? sebab tak boleh enjoy sangat time program. kena pastikan makanan cukup. makan pada waktu yang ditetapkan. air kena sentiasa cukup. kalau kurang kena tambah. uish..!!! memang aku serik.

second, kalau jadi ajk makanan ni, mesti muka kurang dalam gambar. biasalah orang kuat dapur mana boleh tinggalkan dapur kan. tambah-tambah lagi orang lain sibuk enjoy sampai lupa orang dapur. sedih gila kot...(T_T)

aku rasa satu je  benda yang buat aku enjoy hari tu. main tarik tali. game-game lain tak sempat nak join. mandi apatah lagi. pijak air laut pun tak kot.

pink ladies at port dickson...hehehe

2) kutip kertas (21 februari)

tanpa menghiraukan penat lelah yang dibawa dari PD, team GOP (global outreach program) aku buat ekspedisi mengutip poster-poster pilihan raya yang berlambak kat UTM ni. nak recycle kertas. semua sebab nak kumpul duit pergi Dubai.  time tu dah tak nampak kertas dah. nampak duit je disebalik kertas-kertas yang bertimbun tu. hahaha memang jadi mata duitan kejap. kerja ni siap dalam pukul 3 pagi.

dikelilingi dengan kertas-kertas

3) test yang berlambak 

erm, memang tak boleh tahan. last week 2 test berturut-turut. minggu ni 3 test berturut-turut pulak. tak lama botak kepala aku macam ni. ish2..!!! amaran kepada kawan-kawan yang mengenali: kalau ternampak aku macam sewel sikit tu, sedarkan lah aku. sebelum terlambat. hahaha (^_^)

********************


Thursday, February 10, 2011

bahana facebook

as'salam..

aku saja letak entry yang tak berapa menarik ni sebab tak ada idea yang menarik untuk diketengahkan buat masa ni. hehe

FACEBOOK !!!! social networking yang mendapat rating tertinggi di dunia buat masa ni. idea mark zuckerbeg tu memang hebat sebab mampu buat orang duduk depan laptop tanpa bergerak dalam masa beberapa jam.

memang dahsyat kan penangan facebook ni. mari aku bagitau apa yang membuatkan benda alah ni best dan melalaikan aku..hehe :-

1) sesi jejak kasih. dapat connect dengan member lama dan ex-senior. member yang tak jumpa 10 tahun pun dapat jumpa dalam FB ni. terharu tak?

2) jadi stalker terhebat. haha  perasaan suka menyibuk membuatkan aku sibuk je nak tau perkembangan hidup kawan-kawan aku.

3) dapat meningkatkan kemahiran kosa kata. facebook kan communication yang menggunakan tulisan. apa lagi, time berkomen-komen tu, penat nak fikir ayat paling mantap. memang salah satu cara nak dapat A dalam subjek BM ni. boleh la cadangkan dekat kementerian pasal benda ni. semua pelajar mesti ada facebook. [ hahaha..joking! (^_^) ]

4) tak payah beli surat khabar atau tengok tv dah. sebab pengulas berita, wartawan dan kaki gosip semua dah ada kat facebook. bak kata orang moden "maklumat di hujung jari" je.

5) jimat kredit. apa-apa hal rodger kat facebook je. tambah-tambah lagi member pun semua kaki facebook. boleh sampaikan message panjang berjela-jela lagi. free kot. roomate duduk sebelah pun boleh komen-komen. jimat gak air liur nak bercakap.

hahaha. korang pulak suka facebook sebab apa? apa pun alasan anda, gunalah benda ni sebaik nya.

tak perlulah nak add strangers dari seluruh dunia semata-mata nak tunjuk yang korang tu sangat socialism(ada ke perkataan ni dalam kamus.. haha) . berkawan ramai memang bagus tapi pilih lah yang berkenan di hati korang. jangan main hentam keromo je.

tak payah lah buat drama sebabak korang kat facebook tu. apa yang patut disimpan, simpan lah. tak payah nak bagitau semua benda kat satu dunia. kadang-kadang orang akan menyampah jugak. elakkan komen atau post benda-benda yang boleh memalukan dan merendahkan maruah diri korang.ok?




sekian untuk hari ini. 

pesanan dari penaja: entry ini tidak berkaitan dengan mana-mana pihak lain. ini hanyalah pandangan dan pengalaman individu. harap maklum. (^_^)






























Tuesday, February 1, 2011

makan lagi !!!

assalamualaikum sahabat..

alhamdulillah, hari ni cuaca ada cerah sikit. semangat la aku dan kawan-kawan aku yang tak balik cuti ni mengorak langkah ke City Square, JB. hehehe

macam biasalah kalau perempuan cari barang memang sampai nak tercabut tulang kaki.(macam lah aku ni bukan perempuan..=P). aku siap boleh terlelap lagi time tengah tunggu kawan-kawan aku shopping kasut. hahaha  aku tak beli apa-apa pun sebab tak ada yang berkenan di hati.

ok..terus masuk point yang sebenar. hari ni aku cipta sejarah lagi. first time aku makan kat kenny rodgers!!!!!!!!! hahaha
kawan aku belanja. kamsahamnida roy sshi. moga murah rezeki hendaknya. menu memang mantap.


menu yang kami order:

- ayam + sos blackpepper
- spageti ayam
-spageti daging
- makaroni cheese
- potato salad
- mashed potato
- buah
- muffin ( coklat, banana, vanilla)
- ice cream muffin submarine ke apa entah. yang penting ice cream la.
- iced choclious milk ( entah macam mana nak spell choc tu) hehe

 apa-apa pun, hari ni memang enjoy walaupun penat. see ya.

that delicious ice cream.