Thursday, February 10, 2011

bahana facebook

as'salam..

aku saja letak entry yang tak berapa menarik ni sebab tak ada idea yang menarik untuk diketengahkan buat masa ni. hehe

FACEBOOK !!!! social networking yang mendapat rating tertinggi di dunia buat masa ni. idea mark zuckerbeg tu memang hebat sebab mampu buat orang duduk depan laptop tanpa bergerak dalam masa beberapa jam.

memang dahsyat kan penangan facebook ni. mari aku bagitau apa yang membuatkan benda alah ni best dan melalaikan aku..hehe :-

1) sesi jejak kasih. dapat connect dengan member lama dan ex-senior. member yang tak jumpa 10 tahun pun dapat jumpa dalam FB ni. terharu tak?

2) jadi stalker terhebat. haha  perasaan suka menyibuk membuatkan aku sibuk je nak tau perkembangan hidup kawan-kawan aku.

3) dapat meningkatkan kemahiran kosa kata. facebook kan communication yang menggunakan tulisan. apa lagi, time berkomen-komen tu, penat nak fikir ayat paling mantap. memang salah satu cara nak dapat A dalam subjek BM ni. boleh la cadangkan dekat kementerian pasal benda ni. semua pelajar mesti ada facebook. [ hahaha..joking! (^_^) ]

4) tak payah beli surat khabar atau tengok tv dah. sebab pengulas berita, wartawan dan kaki gosip semua dah ada kat facebook. bak kata orang moden "maklumat di hujung jari" je.

5) jimat kredit. apa-apa hal rodger kat facebook je. tambah-tambah lagi member pun semua kaki facebook. boleh sampaikan message panjang berjela-jela lagi. free kot. roomate duduk sebelah pun boleh komen-komen. jimat gak air liur nak bercakap.

hahaha. korang pulak suka facebook sebab apa? apa pun alasan anda, gunalah benda ni sebaik nya.

tak perlulah nak add strangers dari seluruh dunia semata-mata nak tunjuk yang korang tu sangat socialism(ada ke perkataan ni dalam kamus.. haha) . berkawan ramai memang bagus tapi pilih lah yang berkenan di hati korang. jangan main hentam keromo je.

tak payah lah buat drama sebabak korang kat facebook tu. apa yang patut disimpan, simpan lah. tak payah nak bagitau semua benda kat satu dunia. kadang-kadang orang akan menyampah jugak. elakkan komen atau post benda-benda yang boleh memalukan dan merendahkan maruah diri korang.ok?




sekian untuk hari ini. 

pesanan dari penaja: entry ini tidak berkaitan dengan mana-mana pihak lain. ini hanyalah pandangan dan pengalaman individu. harap maklum. (^_^)






























No comments: