Thursday, June 23, 2011

silat ilmu pertahan diri or ilmu hitam?

salam kepada semua sahabat yang sudi menjengah . syukran ! syukran ! :)

aku berminat nak buat entry pasal ni sebab aku dah bosan dengan kutukan-kutukan orang sekeliling yang cakap silat ni ilmu hitam la. ilmu sihir la. aku pernah menjadi ahli persatuan seni silat gayong time sekolah rendah sampai la sekolah menengah. walaupun sekarang aku dah tak aktif, insyaAllah kalau ada masa terluang aku akan terus mendalami ilmu pertahankan diri ni.


standard la manusia kan? suka judge by luaran je. silat ni memang la jadi benda yang tak baik kalau disalah guna. tapi selama yang aku menuntut ilmu ni tak pernah pulak ada unsur-unsur ajaran sesat. semua berlandaskan kitab suci Al-Quran.


aku ingat lagi time first jadi ahli silat gayong yang rasmi, akan ada satu majlis menyambut ahli baru. majlis tu diisi dengan sesi ta'aruf dan bacaan Al-Quran. ada majlis angkat sumpah lagi. sumpah ni antaranya ialah taat kepada Allah s.w.t, taat kepada kedua ibu bapa dan taat pada guru. kalau ilmu hitam, korang rasa ada ke buat majlis baca-baca Al-Quran ni?


mandi bunga atau limau? kalau mandi bunga atau limau je, mesti orang ingat nak tuntut ilmu yang tak betul. korang salah kalau fikir macam tu. adat mandi ni bertujuan untuk menjauhkan gangguan makhlus halus dan juga tujuan perubatan. mandi limau ni kan boleh megelakkan bau badan yang busuk. nak ambil contoh syampu limau purut tu, tujuan dia untuk menguatkan akar-akar rambut kan? kes tu, tak pula orang panggil mandi limau sedangkan syampu yang mengandungi isi limau tu digunakan time mandi.


ilmu kebal? yup, memang dalam silat ni ada ilmu untuk mengebalkan badan. tapi untuk tujuan yang baik ok?kalau ada yang menggunakan nya di jalan yang salah, memang la orang tu mengamalkan ajaran sesat. walhal dalam silat, setiap ahli diingatkan agar tidak menyerang musuh selagi musuh tidak menyerang kamu. lagipun hanya orang tertentu sahaja yang boleh belajar ilmu ni. Allah sendiri pun menggalakkan umat Islam untuk mempersiapkan diri dengan fizikal yang kuat untuk menyerang musuh-musuh Islam kan? 


tula antara sedikit sebanyak persoalan yang orang lain curious pasal silat ni. aku tak lah tau serba serbi tapi, aku tau lah yang basic macam yang kat atas tu. fikir-fikir kan lah. janganlah kamu menyebarkan sesuatu yang buruk mengenai sesuatu perkara jika kamu tidak arif mengenaninya. 


mengenai perbezaan ilmu-ilmu silat (silat cekak, silat gayong, etc) kat malaysia, aku tak nak ulas dengan lanjut. takut menimbulkan kotrevesi. hehe  kalau korang nak tau sejarah asal usul dan perkembangan silat ni, boleh la google. banyak blog dan artikel yang boleh dijadikan rujukan. 


ni la cikgu yang ajar aku silat time kat sekolah menengah. sir azizan. :) rindu nak belajar silat lagi.



adios...^^ have a nice day peeps..


3 comments:

Unknown said...

weee~~ best dulu blajar silat ama sir zizan..^^

mariam said...

btol2..aku , kau sma glen la kn yg berlatih utk silat tempur kn? haha

Unknown said...

haha..iya.. aku ingat lagi time c glen p tendang dagu aku sampai senget..sakit ooohh..