perasaan aku tentang melbourne.....best tahap gaban!!!!!!!!! banyak benda baru aku belajar kat australia ni.kebudayaan mereka.cara hidup dan pemikiran mereka.memang banyak kalau nak cerita pun.cuma, aku just nak cakap tak rugi kalau korang nak pergi.australia termasuk dalam top 10 negara hebat kat dunia.
benda-benda menarik yang dijumpai di melbourne....
1) tram
tram ni memang public transport kat melbourne.banyak sangat benda ni.tram ni guna elektrik untuk berfungsi.mudah dan selesa.tak ada pencemaran.nak naik benda ni guna kad yang kita kena punch kat mesin yang ada dalam tram tu.kad-kad tram banyak dijual kat 7-Eleven.so, kalau malaysia ada benda ni, tak ada la sesak sangat KL tu..
2) stesen minyak 7-Eleven
sori kak dayah..ambik gmbr akak tuk hiasan..hehe |
3) pisang aussie
red tip banana.tak pernah aku jumpa pisang ni kat malaysia.
4) kanggaroo
haa.binatang ni confirm tak ada kat malaysia.mereka ni bergerak dengan melompat menggunakan kaki dan ekor mereka.dikatakan ekor mereka sangat kuat.kalau anda terpijak, kanggaroo ni akan mengamuk.
5) penguin comel
penguin terkecil kat dunia hanya boleh dijumpai di Philip Island, australia.memang habitat mereka di situ.gambar kat atas ni kami tangkap semasa berjalan-jalan di Nobis Centre.lepas tu,kami sempat ke penguin parade menunggu penguin2 comel ni pulang ke sarang mereka.around pukul 9pm (waktu australia) barulah nampak mereka terkedek-kedek muncul dari lautan yang luas.
rasanya itu je la kot benda menarik aku nak cerita..
***************************************
sekarang aku nak bagi pendapat aku pulak.tentang perbezaan ketara antara malaysia dan Australia.
MENTALITI
mentaliti di negara kita masih berada di tahap ke-3.tapi australia dah berada di tahap pertama.
rakyat mereka sangat peramah dan suka membantu.
rakyat kita, jumpa mat salleh kat tepi2 jalan,bertempiaran lari.takut tak pandai cakap british.
rakyat mereka yang pakai kot semua naik kenderaan awam.
rakyat kita yang pakai kot semua naik kereta mewah.bangga dengan kereta itu.
di negara mereka, seatbelt memang dah jadi kebiasaan.
rakyat negara kita, bila terserempak polis trafik or road block baru sibuk nak pakai semua.
rakyat mereka buang sampah mengikut kelas-kelas sampah.(botol kaca, plastik,kertas).
negara kita, kalau baik,campak je kat mana2 tong sampah.jahat sikit, buang je kat tepi jalan.
rakyat mereka suka membaca.membaca di mana sahaja pada masa terluang.
rakyat kita, ada masa terluang lebih suka tidur.
rakyat mereka sentiasa bangga dengan ahli sukan mereka.atlet menjadi idola.
rakyat kita suka ambil artis sebagai idola.kalau nak sokong negara dalam arena sukan pun bila masuk final je.macam kes piala AFF SUZUKI 2010 baru2 ni.
negara mereka mengamalkan sistem adil antara pelanggan dan servis.kalau salah daripada pihak yang bagi servis,duit dipulangkan.
rakyat kita suka ambil untung je tanpa kualiti.kalau salah pun, buat2 tak salah.lebih suka naik turun mahkamah.
negara mereka subsidi diberikan untuk rakyat sedikit sahaja.cukai pula tinggi.tapi produk setiap tahun boleh dibanggakan.
negara kita, bagi macam2 subsidi.tapi, cukai malas nak bayar.produk pula naik turun.
rakyat mereka bangga dengan kerja2 construction.
rakyat kita pulak harap rakyat indon atau bangla je kerja2 macam tu.
renung2 kan lah.aku bukan kutuk negara tercinta.tapi, nak tengok kedudukan negara kita sendiri dalam mengejar gelaran yang setanding dengan negara lain.
mampukah kita mencapai negara maju pada tahun 2020 nanti dengan mentaliti yang ada sekarang??
********************************************