Saturday, January 8, 2011

wish yang dah basi

selamat tahun baru..hari ni baru ada kesempatan nak ucapkan tahun baru..harapan aku, semoga semua azam yang korang nak tu tercapai dengan jayanya..


sebenarnya aku tak tau nak cerita apa kali ni. no idea. tapi tangan aku paksa jugak aku untuk menaip bait-bait kata yang terlintas dalam kotak pemikiran aku sekarang ni . hehehe


semester baru bermula. bagi aku tiada yang berubah melainkan subjek-subjek baru yang rasa-rasanya boleh buat aku gila kalau aku jenis yang lemah semangat. kawan aku still happening macam dulu. classmates aku still sporting..


bilangan kawan aku pun makin bertambah kat UTM ni. harap akan terus bertambah sampai final year nanti. bak kata TNC hari tu, kalau boleh cari la dalam 1000 orang kawan baru kat UTM ni before graduate. dan aku rasa, itu adalah salah satu azam baru aku untuk tahun ini. heeeee ^^


apa2 pun lets hit this 2011 road with our spirit. make our life more interesting and amazing..!!! (^_^)


*************************


p/s: untuk menjawab soalan daripada patung boho  mengenai entry lepas, aku jawab kat sini.


dia tanya, macam mana tip pisang aussie tu boleh berwarna merah ?



sebenarnya aku pun tak tau sebelum ni. tapi setelah buat reading research sikit baru tau. hehe


hujung pisang tu berwarna merah sebab orang aussie ni dah wax kan dengan pewarna. tujuan mereka buat macam tu sebab mereka nak tunjukkan identiti pisang hasil negara mereka yang banyak didapati di bandar Queensland. tapi, jangan ingat pisang ini tak special. sebab pisang ni ditanam dengan sistem eco-friendly di mana mereka tak menggunakan baja sintetik dan mana-mana racun serangga. selain tu, mereka memang mengamalkan biological control of pests. salah satunya, mereka letakkan katak dalam ladang mereka. dan hasilnya memang pisang ni sangat sihat yang menghasilkan pisang yang lebih manis dan rasa lebih berkrim. 


oleh kerana penghasilan pisang ni menguntungkan, mereka wax kan dengan warna bagi mengekalkan identiti pisang ini yang dihasilkan di australia. kiranya mereka sangat bangga dengan penghasilan pisang eco-friendly ni. di samping tu, bila dah di wax kan dengan warna ni, pelanggan pun akan lebih tertarik untuk membelinya. sebenarnya, bukan merah sahaja warna yang digunakan. ada warna biru dan hijau jugak. cuma aku tak jumpa pula pisang yang di wax kan dengan 2 warna tu. mungkin ada kat tempat lain kot. 




so, harap patung boho berpuas hati dengan jawapan yang tidak seberapa ini.


have a nice day guys.



1 comment:

boho (ボホ) said...

...hehe ^__^

waa, smpai buat research, tq cik mariam, hoho, tlah pun memahami psl pisang2 trsbut, huhu, wish u a hepi new year too :D