Monday, January 16, 2012

kes salah tempat time exam

What should i do?Otokke? Otokke? Gatal je tangan ni nak ber'blogging'. Ok! Tak apa. This only take a few minutes. Just a simple story. *padahal dari tadi magnet kat laptop lagi kuat dari magnet kat nota*

Pagi tadi my 3rd paper out of 5. Sedih kan. Orang dah berpusu-pusu balik kampung, me and my friends still need to struggle till this wednesday. Tak apa. Ada hikmah kot. InsyaAllah. Mana tau dapat result gempak. ;) 

Ok. Pagi tadi ambil paper "Combustion & Gas Utilization". Dalam jadual yang aku salin, exam tu start pukul 9 dan tempat exam kat N29, bangunan dekat area2 Ibnu Sina tu. Nun jauh di atas bukit tu. Tapi, suddenly, time on the way dah nak pergi exam, dapat sms. N02-1-12. Tu je. tak ada titik pun. Nasib baik faham.hehe Ni bilik kuliah kat fakulti kami. Erm, pelik je suddenly tukar tempat without notice. Tapi, pergi je lah. Tengok2 ramai dah kat situ. 

Unfortunately, lecturer tak kunjung tiba walaupun beberapa minit je lagi pukul 9. Tapi buat bodoh jugak. Sampai la ketua kelas dapat sms daripada seseorang

" Wey, korang kat mana? Lecturer dah tunggu kat N29 dah ni." 

Apa lagi, kelang kabut keluar. Lucu la. haha Masuk2 dewan sebenar, lecturer tu hanya mampu tersenyum. :)

Pernah kena juga macam kes ni time first year dulu. Paper Math Kejut (Math engineering) pulak tu. Kumpul kat masjid UTM. Rupa2 nya exam kat N24. Depan bangunan CICT. Fuhh! jauh tu nak berjalan kaki. Yela, first year dulu mana ada transport lagi. Sampai je, tengok semua orang dah duduk. Malu kot dengan muka berpeluh2 masuk exam. Tak tau la macam mana boleh tersilap tempat. Bila tengok result, lebih separuh kelas fail subjek Math kejut. Memang terkejut-kejut la lecturer kite orang.haha :P 
*tapi bukan itu faktor utamanya ramai orang fail. Long Story. tak perlu nak ingat kembali kot.. hehe *

So, pengajaran yang aku dapat daripada kisah benar ini :

1) Janganlah harapkan sorang je dalam kelas tu untuk salin jadual. Nanti boleh berdebat kalau banyak tempat yang bercanggah. haha

2) Jangan asyik nak salin orang punya jadual je. Nanti, kawan kau tulis exam kat pejabat akademik pun, kau ikut salin jugak. Sebab malas sangat nak cek jadual kan. :P

3) Last but not least, kalau kau dah salin jadual tu dengan mata plus tangan sendiri, kena yakin diri. Walaupun banyak rumors lain, buat bodoh je. Ikut je macam yang kau nampak dan tulis tu. Kalau salah jugak tu, mungkin mata kau dah makin rabun kot. Tak pun tulisan kau macam cakar ayam. :)

Ok.Bai.:)


Saturday, January 14, 2012

cerita hot 13 Januari 2012

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua reader yang singgah di ruangan ini. :)

Hari ni ada benda yang aku mau share. jom tengok gambar bawah ni. 


Yang aku highlight dengan kotak merah tu adalah kata2 yang dikeluarkan daripada seorang hamba Allah kepada kawan aku yang post status ni. Dan luckily post ni dapat "like" yang memberangsangkan. Bukan like perkataan awal2 tu, tapi like kenyataan yang kawan aku ni buat.

First2 tu, nda tau mau bagi reaksi macam mana time baca benda ni. mau ketawa guling2 pun ada sebab nda sangka ada juga mahasiswa yang nda kenal lagi Malaysia ni. Mau marah pun ada sebab dia macam pandang rendah jak dengan keadaan di Sabah tu. 

Oh ya, kawan ni satu U dengan aku. Maka, orang yang mengeluarkan kata2 di yang dikotak kan tu jugak adalah mahasiswa UTM. what a shame! Nah, kan tertonjol sudah kebodohan diri sendiri bila kau cakap begitu. Itulah, bila fikiran terlampau sempit kan. Macam2 suda mitos yang keluar. Nda da gaya macam mahasiswa suda. Menangis ba kali cikgu yang ajar dia Geografi dulu menengok pelajarnya terlebih gaya macam "katak di bawah tempurung" tu.

Aku mau petik kata2 daripada Hot.Fm ni. Bagi sedar sikit rakyat Malaysia di luar sana yang masih kolot:

" ...................Kata 1 Malaysia. Tak kan la itu pun tak tahu. Tak guna kalau kat IC tu je yang tertulis warganegara Malaysia kalau keadaan negara sendiri pun tak tahu."

Serius, ayat ni daripada petikan iklan dalam Hot.Fm. Bukan rekaan semata-mata, ok? :) Sesuai kan ayat purple tu untuk orang2 yang masih kolot tu. Kalau aku yang berada di tempat kawan aku ni, memang kena laser terus. hahaha Jom ba bercuti jalan2 pi Sabah. Baru kau tau Sabah tu macam mana. Jangan suka buat kesimpulan sendiri. Nanti diri sendiri yang malu. Nda guna kalau mau berebut2 join GOP pi luar negara kalau pasal negara sendiri pun nda tau. Malu beb. 

Kau patut risau bila pi jalan2 di luar negara. Nanti mana tau la kan, ada mat salleh yang suka melancong ni tanya pasal Sabah atau Borneo. Nda kan kau mau garu2 kepala time tu mencari jawapan. Jangan jak sampai terkeluar "Oh, Kota Kinabalu is located in Indonesia". Itu memang mau kena kasi makan sup selipar. hahaha

Fikir2 dan renungkanlah wahai penduduk Malaysia sekalian.


Sekian untuk hari ini. jumpa lagi.:)

p/s: Credit tu akip. Sori aku printskrin status mu ni. Menarik pula untuk dibincangkan. hehe

Saturday, January 7, 2012

nazmi faiz

Selamat pagi semua. (waktu Malaysia sekarang ni: 2.09am) :)

Alhamdulillah, baru selesai buat satu past year Numerical. Time2 kusyuk menelaah tu, terdengar lagu Harimau Malaya kat radio era. Erm, siapa lagi aku nak ingat kalau bukan Nazmi Faiz ni. haha :D



First time fall in love dengan this guy time Sukan Sea final Malaysia vs Indonesia hari tu. Kelicikan dia main kat padang sangat mencairkan hati..hehe  Tambah2 lagi umur baru 17 tahun. Cute pulak tu.Aku rasa lepas ni aku nak tukar nombor jersey ke nombor 21 la. :P

Dua tiga hari jugak la demam Nazmi Faiz hari tu. Sekarang dah lega sikit tapi dia still ranking first pemain bola Malaysia dalam carta hatiku.hahaha  Sekarang ni, rakyat Malaysia dah mula menyayangi pemain harimau muda. InsyaAllah, aku pun akan sentiasa memberi sokongan dari jauh. Matlamat lepas ni, nak kena cari jersi kuning tu. Nak jugak pakai kalau pergi tengok game Malaysia. Semangat gituu!! :)

Sesiapa2 yang minat jugak kat Nazmi ni, jom follow Twitter dan Website dia. :)

Fakta : Game bola paling teruja, hebat dan bombastic yang aku pernah tengok setakat ni ialah Final Match Sukan Sea Malaysia vs Indon. Buktinya, bila dah dapat gol kemenangan daripada Badrol Bakhtiar je, terus aku lompat tak ingat dunia sampai kerusi aku jatuh pun tak sedar. :D Dah la yang duduk belakang aku tu lelaki. Buat malu je. haha Tapi, malam tu memang best dan meriah. 1 UTM menjerit. Siap buka dewan besar untuk sokong Malaysia. Terbaik gila!! 

Sekian untuk cerita pasal Nazmi Faiz dan bola. Jumpa kat next entry.

Friday, January 6, 2012

kenapa susah nak "forget" walaupun dah "forgive"?

Salam. Bertemu Kembali.

Forgive and then forget. Selalu dengar kan benda alah ni. Tapi, aku rasa hampir semua orang hanya sanggup sampai tahap forgive kot. Nak forget terus tu memang susah. Lain lah kalau memang dah nyanyuk.:P
It's depend on situations jugak kalau nak forget terus ni. Nama pun manusia kan. susah nak hilangkan perasaan negative tu dalam hati. 

Konon2 nak forget everything la after give forgiveness, tapi that's always something yang ala2 duri tertinggal kat dalam hati kan. Yeah. Aku ada pengalaman juga dalam2 hal macam ni. A lot jugak la kan. Aku memang dalam hati ada taman sikit. hahaha :D  

2 sebab kenapa aku susah sikit nak forget someone/something yang make me hurt inside :

1. Terasa dikhianati. Depan2 memang baik and layan everything. Suddenly, dapat tau that person do something untuk buat aku jatuh tersungkur demi kepentingan diri sendiri. @#$%^&*

2. You make me felt like a 'murahan' girl/friend. Bila nak, cari aku. Bila dah bosan mula lah nak kutuk2 macam aku tak ada perasaan kan. Our close relationship doesn't mean we need to tease each other with the "stupid" joke. 



Sedih kot bila benda2 ni jadi. Luaran, memang nampak macam tenang dan mudah nak maafkan orang. Tapi, dalam hati Tuhan je yang tau. ;( 

Anyway, me myself still try to improve kekurangan diri ini. Try untuk easily forget what happen in the past. Setiap manusia pun berpeluang untuk berubah, kan? InsyaAllah. :)


Thursday, January 5, 2012

aku bersama new year =]

Bismillah. 

Alhamdulillah. tahun baru tiba lagi. dan kebetulan pulak ini entry ke-100 sejak aku terlibat dengan dunia blog ni..:) Walaupun lambat sikit, still nak wish "SELAMAT TAHUN BARU" !!

Dah hampir 22 tahun aku bernafas kat atas bumi ni. Perasaan tu tak terungkap bila tahun baru datang lagi. Aku terfikir kembali, azam tahun 2011 dah tercapai ke? fikir punya fikir, rupanya aku tak ada azam yang specific pun. Aku rasa azam tu tak perlu tunggu tahun baru pun kan? Bila-bila je kita boleh berazam sebenarnya. hehe

So, tahun ni pun aku tak ada azam yang menarik untuk dikongsi. Tapi aku ada matlamat yang besar yang nak dicapai tahun 2012 ni : nak dapat tempat practical yang baik. yup! itu je buat masa ni. :)

Mungkin pengakhiran tahun 2011 kali ini agak menarik sikit. Selalunya, tahun baru duduk dalam bilik je. Menghadap buku. (rasanya la..) haha


pic source : cik rozana


Event pertama (beberapa hari sebelum new year) : having BBQ night + bacaan doa selamat with team GOP. meriah !!:) memori bersama korang sentiasa terpahat di hati. doaku agar ikatan ukhuwah kita yang dah kuat akan sentiasa erat.



Me and my buddies =]

Event ke-2 : lepak-ing dengan Kim dan Naomi. Dinner and chit-chat sambil makan aiskrim di malam new year. Dengan harapan nak tengok bunga api, tapi dapat tengok ekor bunga api je. haha :P

We are doing deep conversations about our past and future. what we have done in 2011?what others thinking about us? what should we do to improve ourselves? erm, ala-ala muhasabah diri gitu la. Beautiful night actually walaupun hanya ditemani dengan ais krim walls. kan? :)

Deeply in my heart, i really appreciate what you two have done in my life. We have been through the sweet and hardest moments together. Thank you so much for always being there whenever i need you. :) THANK YOU!! big heart from me.

*********************************************

p/s: setakat hari ni dah dua paper berjawab. Another 3 is coming. 16 januari the next paper. Tengah berfikir nak buat aktiviti apa dalam 11 hari tu. (tak sedar diri tengah exam..hahaha :P)