Saturday, April 9, 2011

hati yang disakiti

 yeah. its weekend again.
mesti dalam kepala otak dah tersusun jadual movie apa nak tengok hari jumaat, sabtu dan ahad ni. kan kan?

erm, aku macam tak ada semangat je nak tengok movie dah. result test macam hampeh. buat masa ni aku semangat nak study je. tak nak repeat paper. uwaa..!! Ya-Allah tetapkan lah pendirian ku untuk terus gigih berusaha di saat-saat akhir ni. ameen.

minggu ni minggu kedua terakhir before study week. so, macam-macam la perasaan yang datang. yang buat kepala serabut. serius serabut. nak daftar subjek. presentation yang last minit lecturer suruh buat. assignment. carry mark yang teruk tu pun bakal ditayangkan. boleh sakit jiwa aku macam ni. heeee
tu belum kira bahagian relationship yang memeningkan kepala otak aku ni. kenapa lah aku boleh terjumpa dengan orang-orang yang kerja nya nak menyakitkan hati orang lain je.

*******************

DONT YOU DARE TO READ THIS !!!!

erm, pernah tak korang rasa sakit hati yang tera......mat sangat kat seseorang? sampai rasa memang nak belasah dia cukup-cukup. kasi puas hati. pernah tak? macam mana ek nak describe perasaan tu. agak-agak macam volcano kot? lava-lava panas yang keluar dari bawah muka bumi dan membunuh segala hidupan di sekeliling gunung berapi tu. macam tu kot yang aku rasa.

kalau ikut kata orang, aku ni nampak penyabar. so, maksudnya bila aku dah marah, dah kritikal la tu. memang orang tu berjaya sakit kan hati aku. TAHNIAH .

situasi 1

seorang manusia yang sebelum ni selalu berkata-kata ke arah kebaikan. kiranya ayat power macam ustaz la. pernah tegur aku kalau tak puas hati dengan dia cakap la depan-depan. tak payah kutuk-kutuk belakang ke, kutuk kat facebook ke. kurangkan kontrevesi kat facebook. ok fine! aku buat senyap. then, one day, dia tak puas hati dan marah. so, dia pun buat la status hot  kat FB yang menarik perhatian ramai.kontrevesi gila. aik, hari tu tegur orang, kali ni dia pulak yang buat.

sakit ati tak korang dengan situasi ni? dia boleh pulak buat status hot. orang lain tak boleh. tu yang pelik tu. agak-agak la bro. jilat ludah sendiri ke? kata jumpa depan-depan kalau tak puas hati. tapi apa yang ko buat tu? cakap belakang-belakang. ingat orang tak tau. malang lah kau sebab terjumpa spesis macam aku dan kawan-kawan aku yang telinga lintah ni.

dan, mesti korang ingat aku pun buat kontrevesi bila post benda alah ni kat blog. terpulang la dengan korang nak fikir apa pun. yang penting aku buat benda ni untuk dijadikan pengajaran. nak saman aku? aik terasa ke? aku tak sebut pun nama sesiapa dalam ni. so, GET LOSE .ko tak ada bukti kukuh nak saman aku.

situasi 2

meeting telah di set pada pukul 10pagi. seorang hamba Allah ni tak datang-datang lagi walaupun dah setengah jam berlalu. dia cakap tengah on the way dari katil. adakah itu satu pemberian harapan?  so, pengarah-pengarah company lain ni pun tunggu jugak lah hampir dekat sejam. tiba-tiba hamba Allah ni call, cakap tak dapat attend meeting tu last minit.

kalau korang berada di situasi orang-orang yang menuggu tu, apa korang rasa? dan macam mana korang atasi? yup, di sinilah kesabaran memainkan peranan penting. tapi, sabar pun ada had nya kan? ni dah la tak datang meeting, kerja satu apa pun tak siap. lepas tu bagi banyak alasan pulak. pernah tak dengar ayat ni :

"ORANG YANG MALAS ADALAH ORANG YANG SELALU MEMBERI ALASAN"

macam sesuai je ayat ni dengan ko kan. tak perlu la ko budget hebat sangat. other people feel sick wherever they heard your name. ko je yang tak sedar. dont talk about professional if kau sendiri pun tak faham  maksud that precious word. dan jangan harap kau ditabik respect daripada orang lain, kalau perangai ko yang  tak respect orang tu pun tak diubah.

situasi 3

urgent!! benda ni mesti selalu terjadi dalam hidup korang kan? meeting secara tiba-tiba. kelas cancel secara tiba-tiba. dan banyak lagi la benda yang berlaku secara tiba-tiba.lumrah kot benda tu. kita memang tak dapat jangka apa yang bakal berlaku kan? tapi, seorang manusia berakal ni sangat prejudis dengan perkataan urgent  ni. dia memang tak boleh terima. "pesal korang tak bgtau meeting ni awal-awal? kalau boleh bgtau la seminggu awal. korang ni tak professional la dalam bekerja"

wow..its so rude!! (bak kata naomi).. memang nampak sangat kepala letak atass lutut. ko ingat ko dah pro sangat la sebab dah banyak pengalaman. ko ingat ko sorang je la yang ada kerja nak buat. orang lain pun busy la der. lagi busy dari ko rasanya. tak ada pula orang nak complain-complain. sebenarnya, ko yang tak profesional sebab ko sendiri tak pandai bahagikan masa study ko, masa dating ko dan masa dengan komitmen ko. in conclusion, you are NOTHING and SPOILER in the group.

ffuhhh!!! penat kot taip luahan perasaan ni. kepada rakan-rakan yang  mengenali, aku dah sound kat atas tu supaya tak baca benda alah ni. memandangkan korang dah terbaca, jangan salahkan aku kalau terjumpa ayat power yang bisa menikam jantung. nasib korang la.

p/s: sila maklum cerita di atas ada sedikit pengolahan..

diharap kita semua dijauhkan daripada kata-kata fitnah dan kebencian dari masyarakat . ameen .


3 comments:

NazrEn said...

kO pedulikan jak dOrg mar...
fOkus untuk final..biarin aja deh...

mariam said...

haha..ok ba..(^^)

syazwan ruslan said...

sentap...uhuhuh...
biase r tu... lumrah hdp.. kadang2 jgn dipikarkn sgt pasal relationship.. klu pk kn, lg skt ati..huhuhuuh...
pe2 pn, exam da nk dekat.. tyme utk pulun je..chayok2...