Monday, November 22, 2010

sudoku

siapa suka main benda alah ni???



ni permainan logik..best dan mencabar..dulu time aku sekolah menengah, aku suka main SUDOKU..time form 4 aku dah start berjinak-jinak dengan benda ni..dulu setiap kelas akan dapat newspaper NST (new strait time )..

belakang paper tu mesti ada 1 soalan sudoku...apa lagi, time rehat je, aku dan kawan2 aku yang minat main sudoku ni akan bertanding siapa dapat habiskan dulu..semangat gila..yang aku ingat geng-geng yang suka bertempur sudoku ni, aku, cupan, jalil dan sya..kelas 4 terbilang dulu..see,..i really2 miss that moment..zaman budak-budak yang penuh dengan kegembiraan kan..

sekarang ni dah jarang aku main sebab x ada lawan nak bertanding..kalau setakat suka-suka untuk hilangkan mengantuk tu, aku layan la jugak..hehe tapi, kalau ada orang ajak main, ok je kot..boleh juga menggerak kan otak kita yang selalu jammed especially kalau nak masukkan rumus-rumus akademik yang macam ulat cacing tu..hahaha



mari aku cita sikit sejarah sudoku ni..benda ni famous kat jepun pada tahun 1986 yang diperkenalkan oleh company NIKOLI..tengok,jepun lagi..mereka memang sangat genius kan...dan sudoku ni mula diminati ramai pada tahun 2005..ada banyak format..ada yang 6x6..9x9..lepas tu ia nya turut disediakan dengan pelbagai tahap kesukaran..

menurut pengalaman aku, kalau yg senang sangat tu, tak sampai seminit dah boleh siap.hehe yang sederhana, ada la dalam 2-3 minit nak buat..kalau yang susah tahap gaban tu, x payah cakap lah..siap bole menangis sebab x dapat buat dalam masa sehari semalam..hahaha

sekian untuk sesi story telling malam ni..nak menghafal kimia pulak lepas ni..esok dah hari penentu..wish me luck..

selamat malam..(^_^)






2 comments:

Roxy zai said...

good luck yam!!!^_^

Naisya...... said...

yeah..really miss that moment...huhu..sampai sakit kepala kita main..bila x dapat jawab salah kan soalan..hahaha...=)